"Wahai Orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung" (Al-Maidah:35)
Thursday, 31 October 2013
Dekat
"Shima, ana ada benda sikit ni nak cakap dengan enti. Boleh ke?"
"InsyaAllah . Eh ,berdebar pulak . hehe "
"Ala, takde apa-apa lah . Erm , sebenarnya . ana cemburu lah dengan enti"
"Cemburu ? kenapa ? Ana buat apa ye ?"
" Ana selalu perasan yang enti ni mudah sangat menangis bila solat dan enti ni rajin qiam kan ? Boleh share sikit tak ? Ana ni susah sangat nak menangis "
"Allah , ana biasa je . tak tahulah . apa yang ana boleh kongsi adalah , ana rasa bila anak bersujud tu ana dekat sangat dengan Dia dan ana rasa berat untuk bangun dari sujud tu sebab tak sanggu nak berpisah dengan Dia dan qiam itu adalah antara sumber kekuatan "
MasyaAllah !
***
Ok , taknak cerita panjang .
" Dan sungguh kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya " (Qaf :16)
" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (muhammad) tentangku , Maka sesungguhnya aku dekat"
( Al-Baqarah :186)
" Sungguh , bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan "
( Al-Muzammil :6)
***
Dengan jiwa yang menginginkan kebaikan , maka dengan 3 ayat cinta dari Allah ini diharapkan dapat sama-sama menjadikan kita hamba yang sangat merasai bahawa Dia begitu dekat . InsyaAllah sama-sama kita mujahadah ya !
Oh , yang berada di negara 4 musim tu , selamat menjaga ibadah anda di musim-musim sejuk ni . Mujahadah lebih sikit >.<
Wednesday, 30 October 2013
Ukhwah Yang Teruji
Bismillahirahmanirrahim .
Ukhwah Yang Teruji ? Kau nak cerita pasal apa ni der ? Alah , biasalah budak-budak usrah , budak-budak agama ni sukalah guna ayat ukhwahfillah la ukhwah hingga ke syurga la apa lah . Padahal benda sama je kot . Kitaorang guna terms BFF , Besties . Maksudnya sama je kan ngan korang punya terms kan ? Dah , bosan . Malas nak baca .
Akak , Adik , Meh sini meh , baca sikit je . Saya taknak tulis panjang pun . InsyaAllah :)
Siapa yang takda kawan baik ? Angkat tangan !
"Saya tak suka ada kawan baik , nanti kena berpisah"
"Semua orang tak boleh percaya , buat apa nak ada kawan baik"
"Saya fobia nak ada kawan baik selepas kawan baik saya rampas boyfie saya" ( erk ? . )
***
Akhi , Ukhty , Persahabatan itu akan jadi indah jika berlandaskan keimanan . Ini fakta . Jika kita meletakkan Allah dalam ukhwah yang terbina pasti ukhwah itu akan terasa indah , bahagia hingga kita merasakan ingin bersamanya untuk selama-lamanya . Ya . Hingga ke syurga .
"Tapi....saya masih tak thiqoh (percaya) dengan usrahmate saya sendiri"
" Dia dah mula jauhkan diri dari saya"
"Bila saya dah sebilik dengan dia , baru saya tahu perangai sebenar dia "
Allah , Allah . . Ukhti , Lafaz ukhwah fillah bukan sekadar lafaz mainan . Padanya tersurat seribu makna . Pada lafaz itu kita berjanji bahwa ukhwah ini adalah keranaNya . Maka , Ingin saya tegaskan , jika kita ingin bersahabat jangan kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahannya , kita akan menjauhinya , Jangan kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan , kita akan membencinya , Jangan kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kita mungkin akan meninggalkannya , Jangan kerana keceriannya kerana apabila dia tidak pandai menceriakan , kita akan menyalahkannya . Terimalah dia seadanya . Apa yang kurang padanya kita tambahkan , apa yang buruk , kita perbaiki . Sama-sama kita berusaha menuju redhaNya .
Dalam ukhwah ini , yang ada bukan hanya keindahan , pasti akan terselit kesusahan . Saat itu , ukhwah kita teruji . Saat itu juga kita sama-sama harus berlapang dada , memberi masa sesama sendiri . Muhasabah diri . Jangan diikut emosi atau kata hati yang tidak stabil . Minta padaNya . Teguhkan ukhwah ini dengan menyebut namanya disetiap doa .
Bila amarah datang menyapa , bila benci mula menjengah . Istighfar !
***
" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa" (Az-Zukhruf :67)
MasyaAllah , Allah menceritakan perihal persahabatan didalam Al-Quran . Moga Kita terus dapat berpimpin tangan kesyurga ya akhwtys . Iman dan Taqwa menjadi paksi ukhwah ini .
***
Dijalan Allah , Perhubungan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu ,
Perhubungan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia ,
Kerana Dialah aku mengenalimu ,
Dan kerana Dialah yang telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama ,
Perhubungan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang ,
Jagalah Allah , Maka Dia akan menjagamu ,
Ingatlah Allah diwaktu lapang , Dia akan mengingatimu diwaktu susah .
"Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia , dan jadikanlah dia teman dalam urusanku , agar kami banyak bertasbih kepadaMu , dan banyak mengingatiMu , sesungguhnya engkau maha melihat keadaan kami" (Taha :31-35)
Subscribe to:
Posts (Atom)

