Thursday, 22 August 2013

HambaNya


Aku terdiam membisu,
Langkahku terhenti ,
Fikiranku melayang ,
Merentas alam yang fana ,
Kemanakah aku selepas ini ?
Adakah aku berada di syurga yang tenang
atau neraka jahannam ?
Aku tertunduk sepi ,
Betapa kerdilnya diri ini ,
Betapa hinanya diri ini ,
Layakkah aku berada di firdausi ?


Aku ... Hanyalah hamba ,
Aku tidak pantas untuk bangga ,
Kerana apa yang ada padaku adalah milikNya ,
Syukur...Kalimah agung aku panjatkan ,
Kerana aku masih lagi dijalanNya,
Tatkala manusia mengagungkan duniawi ,
Tatkala manusia merendahkan ukhrawi ,
Aku...masih lagi mengenal erti hamba ,
Semua ini milikNya ,
Dia berhak menarik semuanya ,
Namun , Dia maha Adil ,
Maha pengasih lagi Maha penyayang .


Ukhty Lasak,
190311,
Selangor.


-Ukhty-

Puisi ini ditulis ketika saya masih dibangku sekolah menengah . Masih anak hingusan yang sebenarnya masih tidak faham dengan hakikat sebuah kehidupan . Bila sedih , kerjanya menulis puisi . Eh , puisi ke ni ? Tak
tahulah . anda letaklah ia dalam kategori apa pun . Cumanya , hari ini saya telah tahu bahawa Allah menjadikan kita dimuka bumi ini bukanlah untuk goyangkaki makan KFC sahaja . Tapi , untuk menjadi Abid dan Khalifah . Boleh TnT (tilawah dan tadabbur surah al baqara ayat ke 30) . Moga-moga kita mampu menjadi sebaik-baik abid dan khalifah . InsyaAllah .

Tuesday, 20 August 2013

Jalan keluar ?

Anda semua pernah ditimpa masalah tak ? Mesti pernah kan . Takyah nak menipu lah . ha ? siapa yang kata tak pernah tu meyh email saya . Saya nak tahu jugak bagaimana anda melayari kehidupan anda yang penuh riang tanpa masalah tu . Oke , Bila anda dapat masalah anda buat apa?


"menangis sampai lebam"
"Tidur+makan"
"cerita dekat orang"
"bunuh diri" . erk ? kalau dah bunuh diri maksudnya anda dah tak boleh baca post saya nih .

Hurm , saya juga manusia biasa yang masih memerlukan rahmat dariNya untuk terus bernafas di muka bumi ini . Saya juga pernah ditimpa bermacam-macam musibah yang terkadang rasa macam arghhh ! hisyyhh ! eeeee! (macam tu lah lebih kurang luahan perasaan nya) . Lepas tu..

"eh , brader , kiteorang taknak tahu pon dengan kau punya masalah , perasaan or whateva . cepat , straight to the point , apa jalan keluar nya?"

Erk . Oke . Ekceli dipendekkan cerita , adalah seorang makcik qowiy lagi ohsem telah berpesan pada saya untuk saya mengamalkan bacaan ayat 2 & 3 dari surah at-talaq yang juga disebut sebagai ayat seribu dinar di setiap kali lepas solat .



Disebabkan saya tidak menghafal ayat ini , maka saya bukalah mushaf alqur'an saya dan membaca ayat ini beserta dengan maksudnya . Maka , disitu ya saudara-saudari sekalian , ayat Allah itu telah menyentuh jiwa saya yang penuh noda ini . Yakni , pada ayat "barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah , maka akan dijadikan baginya JALAN KELUAR .

Allahurabbi ! tika ini hati saya "kau bertaqwa pada Allah , maka , Allah tunjukkan jalan keluar"

Akak , taqwa tu sejenis gula-gula getah keluaran terbaru ke ? Adeh ! bukan macam tu sayang . Jom kita lihat ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang ciri-ciri hamba yang bertaqwa :

 "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,yaitu orang yang BERINFAQ baik diwaktu lapang mahupun sempit , dan orang yang MENAHAN AMARAHNYA , dan MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain , dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri SEGERA MENGINGATI ALLAH dan MEMOHON AMPUN atas           dosa-dosanya..." ( ALI IMRAN : 133-135)


Nah , Allah telah gariskan didalam alqur'an beberapa ciri-ciri hamba bertaqwa yang perlu kita semaikan dalam diri kita . Ya , mungkin susah . Namun , usahalah kearahnya . Kadangkala kita merasakan bahawa ujian yang kita lalui adalah ujian yang paling berat . Sampai kita rasa give up untuk semua ni . Kadang-kadang kita salahkan pula Allah kerana memberi kita ujian sehebat itu .

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Kadang-kadang bila kita ditimpa musibah , kita rasa down , rasa tak mampu . Tapi , sebenarnya sehingga ke hari ini detik yang anda sedang membaca tulisan saya ini , cuba kita imbau kembali , berapa banyak masalah yang kita kata kita tak mampu nak lalui , tapi , kita dah berjaya lalui hinggalah ke saat ini kita mampu duduk tengok movie sambil makan  bubur . (tak best langsung tengok movie sambil makan bubur =.=')



So , brader ceritanya sekarang , ittaqullah la yer?

Yup ! tepat sekali . yang kurang tepat . tu "brader" tu . Saya sister . eheh .

InsyaAllah , sama-samalah kita cuba untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang bertaqwa

-Ukhty-

Allah memberikan ujian yang hebat kepada saudara-saudara kita di bumi mesir . Mereka cekal menghadapi semua itu . Saya bertanya sendiri mengapa mereka mampu menjadi sehebat itu ? Taqwa , adakah itu rahsianya ? Dan antara yang paling saya kagumi adalah Presiden Morsi . Allahurabbi . Hebatnya beliau . Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat .

Ayuh ! Jangan berhenti berdoa buat saudara-saudara kita di bumi mesir !



Sunday, 18 August 2013

Diari Terbuka : Aku Dan Mesir


Bismillahirrahmanirrahim ,

Dear Deari , Saban hari aku melihat bumi mesir terus disirami dengan darah-darah syuhada' . Aku melihat saudara-saudaraku  tiada gentar memperjuangkan Al-Haq . Aku melihat saudara-saudaraku dibunuh oleh mereka-mereka yang tidak punya perasaan . Ya , aku melihat semua itu . Sekadar MELIHAT . Aku melihat dan cuba mengikuti perkembangan mereka disana . Aku sekadar melihat kekejaman yang berlaku . Terkadang aku tanya pada hati , "apa benar aku cintakan saudara-saudaraku disana?"

[syurga menantimu wahai syuhada']
Semakin hari , semakin ramai yang dijemput menemuiNya . Perasaan sebak mula menyapa diri ini . Aku sedih . Sekiranya aku berada di bumi mesir , adakah aku berani untuk turun berhimpun bersama mereka ? Sedang aku tahu peratus untuk syahid itu sangat besar . Adakah aku memikirkan tentang syahid atau aku memikirkan bagaimana aku mahu bertemu tuhan dalam keadaan diri yang penuh dosa . Allah . Adakah aku belum bersedia untuk bertemu dengan Allah ?  Sedangkan aku kata aku cinta Allah , namun mengapa perasaan takut itu hadir ? Cintaku adalah dusta .

[Kredit: Mesir Kini]
Kadang-kadang aku malu , bila ada yang bertanyakan padaku soal mesir , aku tidak mampu memberikan jawapan dengan sebaik mungkin , kerana selama ini aku tidak pernah ambil tahu tentang mereka . Bila kecoh di alam maya tentang apa yang terjadi disana , barulah aku terkial-kial ingin menjadi muslim yang cakna akan isu ummah . Aku malu pada diri aku sendiri . Aku malu pada saudara-saudaraku disana . Aku takut jika diakhirat kelak , mereka bertanyakan padaku tentang apa tindakan setelah melihat kezaliman yang dilakukan ke atas mereka .Mesir , Syria , Palestin , Rohingnya ! Allah , banyak jiwa-jiwa umat islam yang akan menuntut hak mereka ke atas aku . Itu sebahagian yang aku tahu akan kesengsaraan yang mereka alami . Itupun , aku sekadar tahu dari laman muka buku , dari sahabat-sahabat dan bukan kerana aku benar-benar cakna tentang mereka .


Aku sedar , aku tidak boleh tinggal diam untuk hal ini . Aku juga ingin lakukan sesuatu untuk mereka . Ya , antara usahanya aku share di FB , twitter ,dan  blog tentang mereka . Aku doakan untuk mereka . Itulah usaha yang mampu aku lakukan ., Biarpun tidak seberapa , Aku harap ini akan menjadi hujah aku diakhirat kelak .  Buatmu , saudara-saudaraku disana . Aku tahu kamu insan terpilih . Aku tahu kamu punya kekuatan yang luar biasa . Aku ingin sekali menjadi sehebat kamu . Biar cepat atau lambat . Aku yakin Al-Haq itu pasti akan menang ! Allahuakbar .

-Ukhty-

Saya memang seorang ukhty yang ada buku deari sendiri . Cuma kali ini , saya ingin kongsikan isi deari saya dengan sahabat sekalian . Saya berharap sangat kita semua akan menjadi muslim yang benar-benar cakna dengan isu ummah . Gunakanlah apa jua wasilah (jalan) untuk sebarkan berita tentang ummah , kerana sebenarnya ramai lagi sahabat-sahabat kita diluar sana yang langsung tidak tahu tentang perkara ini . Moga Allah menilai usaha saya yang sedikit ini . Moga kisah Zuljausyan menjadi iktibar buat kita semua .

Buat sesiapa yang masih baru nak memahami isu mesir , mungkin catatan dari blog APG boleh menambahkan sedikit kefahaman anda . Dan silalah lik page Mesir Kini untuk mengikuti perkembangan tentang saudara-saudara kita di mesir .

Wallahualam .

Friday, 16 August 2013

Ukhty Fillah .


 Ukhty Fillah ,
Engkau membuktikan pada ku apa
makna ukhwah fillah .
Tatkala aku duka , kau setia disisi ,
Kau kirim ayat-ayat Allah sebagai penghibur jiwa ,
Kau rungkai sirah anbiya’ sebagai penguat langkah ,
Di kala aku gembira , senyummu mengiringi .
Kau ajarku bersyukur atas nikmat gembira ini ,
Sungguh , kadang aku rasa bersalah terhadapmu .
Tidak pernah sekali aku mendengar keluhan dari mu,
Tidak pernah sekali aku dengar curahat darimu ,
Apa kau tidak punya masalah ?
Mustahil !
Dari dirimu aku belajar sesuatu yang bernilai ,
Aku belajar senyum dikala duka ,
Aku belajar meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan .
Pernah sekali aku ternampak coretanmu yang berbaur duka ,
Ingin sekali aku bertanya ,namun , ada “sesuatu” yang menghalang ,
Dari kejauhan aku mendokan agar segala kerunsinganmu berakhir ,
Sungguh , ini kerana aku cinta padamu keranaNya .

Ukhty Fillah ,
Antara kau dan aku bagai tiada rahsia ,
Cuma kadangkala perkara2 berkaitan dakwah dan tarbiah
yang menjadi jurangnnya ,
Namun ukhty  . . jangan kau risau ,
Tiadalah aku terkilan , kerana aku mngerti ,
Bahawa aku masih lagi junior dalam jalan ini .
Ade proses-proses yang harus aku lalui .

Ukhty Fillah ,
Jazakillahu khairan kathiran aku ungkapkan ,
Atas tali ukhwah ini ,
Atas kesabaranmu melayan kerenahku ,
Atas kesungguhanmu memberiku semangat .
Ukhty Fillah ,
Aku ingin mengikat janji setia denganmu ,
Ukhty , berjanjilah . . .
Kita akan ke syurga bersama ,
Tuntunlah aku menuju redhaNya .

Ukhty,
Hari ini aku ingin mengungkap lafaz azimat padamu .
Sungguh . Ana Uhibbuki fillah . !

Ukhty Lasak,
240513,
Jordan.

-Ukhty-

Secara khususnya puisi ini saya tulis untuk ukhty fillah saya yang namanya bermula dengan huruf double U (baca: W) . Puisi ini datangnya dari hati terus ke papan kekunci . Saat saya menulis puisi ini , saya benar-benar berasa terhutang budi pada sahabat saya seorang ini , rasa bersyukur yang teramat kerana Allah mempertemukan saya dengan dia . Secara umumnya , puisi ini saya dedikasikan juga untuk entunna . Sahabat seperjuangan saya yang sentiasa memberi sokongan pada saya . JZKK atas semuanya .

Wednesday, 14 August 2013

Hebatnya Wanita itu .


Wanita
Martabatmu diangkat dimata islam,
Hakmu dijaga dirantai syariat,
An-Nisa’ tercatat didalam Al-quran,
Bukti Tuhan kasihkan kalian .

Oh,aku merindui wanita secekal Siti Hajar,
Terbiar sendiri bersama si kecil,
Ditinggal Ibrahim di tanah gersang,
Padang tandus itu menjadi saksi,
Safa Marwa itu menjadi bukti,
Perpisahan antara dua hati.
Kerana kasihnya pada ismail
Wanita itu tabah berlari demi setitis air,

Aku mencari pewaris Khaulah Al-azwar,
Gagah berani berbaju besi ,
Tangkas mencantas kilatan pedang,
Di maarikah yarmouk dia beraksi,
Demi Dhirar dibalik jeriji.

Sungguh,aku dambakan kasih ilahi,
Namun aku tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah,
Yang agung cintanya  untuk Ar-rahman,
Yang pasakkan rindunya untuk Ar-rahim,
Yang zikirnya tiadalah terhenti.

Ku kira,mereka itu serikandi dahulu,
Yang hidupnya bersama sahabat, tabiin.
Nah, pantas sahaja mereka sehebat itu .

Tidak ! sangkaanku jauh tersasar,
Lantai sirah terus dihiasi indah
Hadirnya Zainab Al-ghazali di bumi mesir
Umpama permata dakwah di era jatuhnya islam .
Suaranya lantang memperjuangkan ad-din
Dia disiksa persis seorang lelaki ,
Walhal , susuk tubuh halus itu hanyalah seorang wanita
yang tegar menyampaikan Al-Haq !

Nun, jauh di bumi palestin,
Landskap perjuangan dakwah terus diwarnai,
Dengan ceritera gigihnya wanita itu ,
Merelakan semua puteranya memburu syahid ,
Menjadi sayap bersenjata Briged Al-Qassam,
Wanita itu gagah menempuhi liku-liku kehidupan ,
Biar rumahnya dibom berjuta kali  ,
Namun, semangatnya tidak pernah hancur
bersama batu bata singahsana.
Maryam Farahat,
Engkaulah khansa palestin !


Kini, ku seru diriku dan kamu ukhti-ukhti seakidahku.
Ayuhlah kita bangkit !
Menggegar dunia,
Mencipta sejarah ,
Mengganti serikandi-serikandi agung
yang telah damai di alam sana .

ukhti fillah,
tiada masa untuk berpangku tangan ,
kini sudah tiba masanya untuk kita bergerak .
“wahai orang-orang yang berselimut,
bangunlah, lalu berilah peringatan !
dan agungkanlah tuhanmu…”
(Al-Muddasir:1-3)


Ukhty Lasak,
270413,
Jordan .


-Ukhty-
Moga akan lahir pada era ini wanita-wanita sehebat mereka . Dan saya sendiri berharap agar sayalah salah seorang wanita hebat itu . Yang ingin menginfakkan diri untuk jalanNya . Wanita , jangan biar dirimu dipijak !



Janji Dia


Ya…aku lemah,
aku terus memburu bayangnya,
sedang dia,
terus maju memburu ilmunya,
aku tertunduk malu,
air mata kutahankan  dari terus berderai,
aku makin keliru,
apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup,

ku kata aku benci dia,
namun..ku renung seketika,
apa dosanya padaku,
ku kata aku suka dia,
namun…ku tanya hati.,
mana Cintaku untuk Ar-rahman..

Allah,
kelu lidahku  mengukir bicara,
lemah kakiku mengorak langkah.,
sampai bila harus aku begini??

Hatiku meminta.,
pasakkan Cintamu buat Ar-rahim,
Dia kekasih agungmu,
hanya Dia yang mampu mmberimu bahagia,
hanya Dia yang mampu memberi kamu Cinta..

Ku bisik pada diri,
duhai jiwa yang dalam kekuasanNya,
jangan kau mudah mengalah pada manis bicara manusia,
jangan kau tunduk lemah pada budi pekertinya,
ketahuilah..kau punya Cinta Agung,
Dia selalu bersamu,dan sangat dekat denganmu,
Yakinkan janji Dia..


Ukhty Lasak,
240213,
Jordan.


-Ukhty-
Cinta itu fitrah tapi ada caranya . bak kata akh Hilal Asyraf  " kalau benar cinta , tentu ingin bersama kesyurga" . Jangan gusar akan soal jodohmu , yakinlah dengan Janji Dia  kerana Dia tidak pernah memungkiri .

*p/s : Untuk entry-entry yang awal ni , mungkin lebih kepada puisi-puisi . Puisi itu kadang hadir dari hati terus ke papan keybord .  wallahualam









Tuesday, 13 August 2013

Kalam Ar-Rahim




Detik ini…aku lemah,
aku seakan jatuh dari bangunan yang tinggi
tiada kata mampu ku ungkap
hanya tangisan peneman duka..

seketika aku berfikir..
adakah dalam takdir hidupku,tiada bahagia?
apakah aku tidak pantas merasakan itu ?
sungguh,aku lelah menghadapi semua ini.
aku seakan tiada mampu berdiri..
tangisanku tiada tertahan..

sejenak ku buka mushafku..
ku tatapi bait-bait kalamMu,
ku temui pujukanMu,
“Dialah yang telah menurunkan ketenangan
kedalam hati orang-orang mukmin,untuk
menambah keimanan atas keimanan mereka”
(Al-fath:4)
Allahu rabbi,mengapa perlu aku meronta?
sedang ketenangan itu datang dariMu.
mengapa tidak aku meminta?
sedang ku tahu akan  Ar-rahimMu.

Rabbku terus berbicara
memujuk hatiku yang lara,
“Dan janganlah kamu merasa lemah,
dan jangan pula kamu bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi derajatnya
jika kamu orang yang beriman”
(Ali Imran:139)
“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang
ada di dalam hatimu..”
(Al-Isra’:25)

Sungguh aku malu,
Tuhanku terlalu dekat denganku
namun ,aku seakan tidak sedar..
kepada Dia patut aku mengadu
kepada Dia patut aku menangis..
aku tewas dengan perasaanku…

Benar,”Dan apabila hamba-hambaKu bertanya”
kepadamu tentangKu,maka sesungguhnya Aku dekat
Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepadaKu”
(Al-Baqarah:186)


Ukhty Lasak,
180313,
Jordan.

-Ukhty-

Ekceli , saya dah lama minat menulis , dan segala penulisan saya hanyalah disemadikan di dalam sebuah folder di laptop sahaja . Jadi , insyaAllah di blog ini saya akan mula berkongsi satu persatu nukilan saya . Abaikan tarikh di setiap puisi saya kerana tarikh itu adalah tarikh saya menulis puisi -puisi berkenaan .



Monday, 12 August 2013

Lu Dah Terlambat Bro !



ya ya ya , gua tau gua ni kira dah lambat tahap dewa la . orang lain dah tujuhbelas ribu lapan ratus tiga puluh dua entry dah . *ade ke?* gua baru la nak merangkak-rangkak dalam dunia belog ini . udah ler tu , belog nye pula bukannyer lawo , simple, follower pon tidak hade . atenya, buat ape ler mike membuat belog ? kalau mike udah tahu begini natijahnye .

Ehem,ehem . kak bedah , biarpun belog saya tidak lawa , tidak ade follower,saya sedikit pun tidak merasa gusar , kerana apa .kerana niat saya membuat belog ini bukanlah untuk mengejar ramainya follower, tetapi kerana saya menyahut seruan “bangunlah dan beri peringatan” (Al-Muddasir:2)

“Hoi, kau nak bagi peringatan kat sape kalau dah takde yang baca belog kau ni .”

“brader , gua bagi peringatan kat diri gua sendiri la . Gua yang menulis , maka gua lagi kena hadamkan apa yang gua tulis”

gua sebenarnya..(sopan ke guna gua?)

ehem . test mic , one two three , one two three.

Saya. Aha ! sopan sikit . saya sebenarnya amatlah tidak pandai tentang IT , Facebook dulu pon kawan yang buatkan . Itu yang menjadikan saya sedikit ketinggalan dalam dunia IT ni . Tapi , apa yang saya tahu . Saya hendak menulis , saya suka menulis walaupun penulisan saya compang camping . Bahasa melayu nya terabur , huruf besar kecik main langgar.

“Brader , kalau setakat belog hengkau ni . maaf .  wa tak layan , wa layan belog Insperktor Saahab , Encik Musab , Anamuzakkar , HAS dan of keroz (baca: of course) belog inche gabanna .”

“hoyeah ! saya pun baca belog mereka . sumpah hosem kan ?”

My beloved brader and sister , Janganlah anda membandingkan belog saya dengan mereka , hakikatnya mereka adalah taiko-taiko besar. Saya ni baru nak belajar kenal huruf dekat keyboard . eheh .  Mohon didoakan agar saya istiqomah dalam segala ibadah yang saya lakukan . Maaf juga andai abjad-abjad yang bakal terpampar di belog saya ini telah menganggu gugat ketenteraman anda . 

Saya cuma berharap dengan usaha saya yang tidak seberapa dalam bidang penulisan belog ini ada nilainya disisi Allah dan mampu menjadi saham saya di akhirat .

Moga anda-anda mendapat manfaat dari belog saya .

Segala yang baik itu datangnya dari Allah , dan yang buruk itu adalah atas kelemahan saya sendiri .

salam ukhwah ,
Ukhty Lasak .