Tuesday, 17 December 2013

Sakit Yang Disimpan .




Curhat Dari Seorang Yang Bernama Ukhty .


Andai saja engkau tahu bahawa dalam diamku , aku menyimpan satu rahsia yang sangat besar . Yang aku pendam sendiri . Bukan aku tidak mahu bercerita , cuma aku melihat tiada ruang untuk aku dalam masamu . Nah , justeru aku biarkan kamu dengan segala kesibukanmu . Biarlah aku yang menanggung . Ini cerita aku . Ini Jahiliyyah aku . Mungkin kau tak perlu tahu . Namun . SAKIT . Itu yang aku tanggung .

Saat aku hadir kebumi ini , bumi yang kini aku gelar sebagai bumi dakwah dan tarbiyah . Kenapa ? kerana disini aku bertemu dengan sebuah kehidupan . Kehidupan yang aku syukuri . Kehidupan yang tak pernah aku rasai sepanjang berbelas tahun aku hidup.

Justeru , aku memilih untuk menukar nama . Bukan nama sebenar yang aku tukar , cuma nama panggilan . Namaku masih lagi Ain Zulaikha . Cuma jika dahulu mereka panggil aku ika, kali ini aku biar mereka , yang baru aku kenali ini memanggilku dengan nama ain .Ya . Disini , tiada siapa yang tahu siapa aku sebelum ini . Cuma seorang . Diana . Ya , hanya dia yang tahu kisah silam aku .

Namun , sesekali aku bercerita juga dengan kalian kisah silam aku . Namun , kerana nadaku yang gemar bergurau , mungkin kalian nampak ini sekadar cerita . Tapi , andai sahaja kalian tahu  , jahiliyyah itu terlalu besar dan sukar untuk aku tinggalkan . Aku cuba . Sehinggalah aku dapat  pengisian Sayonara Jahiliyyah . Sentap . Bagaimana aku mahu meneruskan kehidupan islam yang putih bersih ini dengan jahiliyyah yang hitam ?

Alhamdulillah , Allah mudahkan urusanku . Perlahan-lahan aku berjaya mengikis jahiliyyah dalam diri . Aman . Hidup makin tenang . Terasa begit bahagia dengan kehudupan yang baru .

Jika aku menyangka  panas hingga ke petang , tapi apa kan daya jika hujan di tengah hari ? Inilah sebuah kehidupan . Kini , jahiliyyah lama seolah bertandang kembali . SAKIT . Beberapa hari aku merasa indah dengan jahiliyyah itu . Aku seolah mengislamkan jahiliyyah . Allahurabbi . SAKIT . Aku diam . Aku pendam . Itu yang aku nak bercerita dengan kalian . Agar kalian boleh menjadi menyokong aku perlahan-lahan .

Rawat Hati Segera.
Jangan tanya mengapa tiba-tiba aku berdiam diri , jangan tanya mengapa aku menangis dikala semua orang tersenyum , dan jangan tanya mengapa jika tiba-tiba aku tinggalkan daerah ini . Daerah yang terlalu suci ini , tak mungkin akan aku kotori dengan jahiliyyah aku . Mungkin saja , kegagalan yang kita hadapi ini adalah kerana jahiliyyah aku . Allah . SAKIT .                                      

Mudah kalian menghukum aku .
Saat aku menolak untuk menolong , dan kebetulan ada musibah menimpaku , kalian kata "inilah balasan , Tuhan bayar cash '
Mudah kalian menghukum aku ,
Saat aku menangis sendiri kalian lontarkan " kenapalah kau ni , suka menangis tiba-tiba , tak faham aku"
Mudah kalian menghukum aku ,
Saat aku diam tanpa suara kalian meneka " ala , terasa lah tu . cakap sikit je"

Andai kalian tahu .. aku menolak kerana aku SAKIT,
Andai kalian tahu , aku menangis kerana aku SAKIT ,
Andai kalian tahu , aku diam jua kerana aku SAKIT .

Tapi , aku ini lagi mudah menghukum kalian . Mudah sungguh  aku menuduh kalian dengan pelbagai tuduhan sedang aku sendiri tidak pernah cuba bercerita . Tapi , inilah aku . lebih suka memendam .

Kalian , aku pohon maaf , berikan aku sedikit masa . Aku cuba mujahadah satu perkara besar yang aku pernah cuba untuk luahkan pada salah seorang dari kalian , tapi apa kan daya . Mugkin Allah mahu mengajar aku berdikari .

Maafkan aku . Aku harap didalam setiap doa kalian , sebutlah namaku .

Jazakunnallahu khair kathiran .




-ukhty-

Murobbi saya pernah kata , cubalah untuk berkongsi mujahadah kita dengan orang lain sebab kalau ukhty tu tak tahu apa yang kita mujahadahkan , macam mana dia nak support kita ? Itu betul . cuma kadang-kadang , ada orang yang bermujahadah untuk menceritakan mujahadahnya pada orang lain . Wallahualam . Moga Allah mudahkan segala urusan kita .

Friday, 13 December 2013

Entah .



Seputih Salji

       


Aku tak tahu ini apa perasaan aku saat ini . Namun yang aku tahu , ini semua kuasa Dia . Dia yang menurunkan salji seindah ini . Lawa . Namun , saat salji turun , dalam hati ini ada satu perasaan yang aku sendiri tak tahu bagaimana nak aku gambarkan .  Tapi , yang aku tahu tiada perasaan gembira . Mungkin ada sedikit perasaan sedih , sedikit perasaan untuk mujahadah . Mujahadah apa ? Entah .


Oh , aku sebenarnya aku sedang berperang dengan diri sendiri untuk mejadi orang yang lebih matang dalam jalan dakwah dan tarbiyah . Aku ingin menjadi sepetrti murobbiku yang aku lihat setiap masanya berfikir tentang dakwah dan tarbiyah . Sampai pernah dia meluahkan yang tidak adakah masa untuk dirinya sendiri ? Persoalan itu dia jawap sendiri . Dia tahu  syurga nanti tempat dia berehat .

Allahurabbi , pada aku , aku masih lagi ada masa untuk mementingkan diri aku sendiri berbanding DnT ini . Entah , Aku ni penipu agaknya . Konon kata ingin infaqkan masa pada jalan dakwah , tapi masih boleh tidur disiang hari ,  konon kata nak infaqkan harta dijalan dakwah , tapi masih boleh makan besar di hujung minggu , konon kata nak infaqkan diri dijalan dakwah , tapi masih boleh terasa hati dengan akhawatys .
Ini yang aku katakan dengan infaq ?! Allah , tak tahu mana nak sorok muka .

Pernah aku bermimpi menjadi seperti ukhty sumayyah , yang perginya dia menemui Tuhan disaat hamasahnya untuk memahami islam itu sedang tinggi ,
Pernah juga aku berharap menjadi seperti akhi iman , yang meletakkan dakwah dan tarbiyah sebagai nadinya ,
Pernah juga aku berkhayal untuk menjadi seperti akhi ammar , yang hidupnya berbakti pada ummah .
Ya , Pernah aku bermimpi....dan terus bermimpi . Entah bila yang mimpi akan jadi realiti ?

Dalam diam aku bermujahadah . Dalam diam aku memerhati . Dalam dia aku terus menanti .

Cukup sekadar ini , aku akan perlahan-lahan berlari, mengejar mimpi yang aku tahu akan menjadi pasti .





Wednesday, 27 November 2013

ALASAN


Masa terus berganti . Bulatan demi bulatan aku hadiri . Indah . Ada ruh didalamnya . Oh , kali ini logam-logam didalam bulatan ini berbeza . Majoritinya dari pantai timur . Tapi , itu tak menjadi masalah . Kita berukhwah atas dasar iman dan akidah ye dok ? Bulatan dahulu selalunya curhat (Curahan Hati) . Cerita pasal diri . Tapi bulatan kali ni , lain . Lebih bercerita tentang gerak kerja dakwi .

" Alhamdulillah , ana dah berjaya stabilkan ketiga-tiga bulatan yang ana bawak "

" InsyaAllah hujung minggu ni ana akan ke ireland sebagai muwajjih daurah ISK ( Ini Sejarah Kita) selama tiga hari kemudian akan terus ke turki untuk daurah i'dad murobbi ."

" Alhamdulillah kesemua penduduk pulau pandan jauh ke tengah telah mendapat bulatan masing-masing"

Fuh ! usrahmate aku . Kerja giga-giga untuk perkembangan dakwi mereka . Aku ?

" Erk . .  Em , Ana takde apa-apa untuk diupdate .Tapi , ana contact jugaklah dengan adik-adik"

Lambat . Sumpah lambat ! Aku segan dengan mereka . Tapi , aku tak kisah sangat , sebab aku tau yang aku nak bina ni adalah rijal-rijal dakwah so memang take time lah kan ? Bizi kot . Setadi lagi , kawan-kawan lagi . Nak baca buku fikrah lagi . Adoi ! ALASAN ! ini semua alasan untuk cover ketidaksungguhan aku dalam jalan dakwah ni .

" Akhi , bilamana kita dah berada dalam jalan dakwah ni , kita perlu faham betapa jalan ini bukan satu jalan yang singkat dan mudah . Jika benar cinta , maka padanya perlu ada pengorbanan . Ya , kita akan sibuk . Sibuk memikirkan tentang pembinaan orang lain . Buat perancangan dan sebagainya . Masa untuk kita bermanja-manja dengan diri sendiri semakin kurang . Tapi yakinlah akhi , kita sedang membantu agama Allah "

"Wahai orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu " ( Muhammad :7 )

***

Aku merasa ketinggalan bila aku melihat orang lain semakin laju bergerak kehadapan . Bukan aku tidak mahu bergerak , cuma aku merasakan jahiliyyah dalam diri ni masih tak settle . Tsaqofah Islamiyah (Pengetahuan Islam ) aku pun tak banyak . Tarbiyah Dzatiah diri pon masih krik krik lagi . Sebab tu la aku malas nak bergerak ni !

Tapi tu dulu , sekarang , alhmdulillah aku dah berjaya ada bulatan aku sendiri . Aku berpegang pada kata-kata syeikh mustafa masyhur " Islah nafsak , wad'u ghairak " Perbaiki diri kamu , dan pada masa yang sama ajak orang lain memperbaiki diri .

Jika kita menanti sempurna , dakwah ini takkan pernah berkembang . Dengan membawa bulatan sendiri , Ianya akan menjadi salah satu titik tolak untuk kita lebih menjaga tarbiyah dzatiah , untuk kita memperbanyakkan bacaan kita kerana kita tahu bahawa kita sedang membawa beberapa hati untuk lebih memahami deenNya .

Apa yang penting duhai akhi dan ukhty , Tajdid niat selalu . Jaga hubungan dengan Allah . Moga Allah meredhai setiap gerak kerja kita .

-ukhty-

Buang 1001 alasan yang bermain diminda . InsyaAllah rabbuna yusahhil !







Friday, 22 November 2013

Rumah Alien


Bismillahirrahmanirrahim . InsyaAllah untuk post kali ini saya tertarik untuk bercerita tentang rumah islam . Rumah islam tu benda apa? masjid kah ? atau rumah untuk orang islam ? Baiklah , rumah islam atau shortformnya RI , adalah sebuah rumah yang didiami manusia manusia (atau mungkin juga alien alien) eh? yang menginginkan biah solehah (persekitaran yang baik).





[gambar sekadar hiasan]

Mari kita lihat sejenak firman Allah dalam surah yunus ayat 87 yang bermaksud...

"Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya  ambillah beberapa rumah di Mesir untuk (tempat tinggal) kaummu dan jadikanlah rumah-rumahmu itu tempat ibadah dan laksanakanlah salat serta gembirakanlah orang-orang mukmin"

Maka dalam ayat diatas Allah s.w.t telah menggariskan salah satu fungsi sebuah rumah itu adalah sebagai tempat ibadah . Kadang-kadang kita telah duduk di sebuah rumah yang sangat besar dan dilengkapi pula dengan pelbagai kelengkapan . Namun , kita masih tidak  merasa bahagia , seolah-olah ada sesuatu yang kurang . Apa yang kurang? Tepuk dada tanya iman . Mungkinkah kurangnya hubungan kita denganNya . Sejauh mana kita cuba menghidupkan rumah yang kita diami dengan biah islam , ruh islam ?

Rumah Islam atau RI ini biasanya didiami oleh mereka-mereka yang inginkan satu biah yang solehah . Namun , mindset perlu jelas . Melangkah masuk kerumah ini bukanlah semata-mata kita ingin ditarbiyah , mengharapkan orang lain yang menasihati , mengharap orang lain yang memulakan kebaikan . Itu sama sekali mindset yang salah .

Seorang ukhti pernah berkata " bila kita nak masuk RI ni kita jangan expect apa-apa selain Allah dan kita kena ada mindset yang kita ingin ditarbiyah dan mentarbiyah "

Nah , akhi ukhti . Selalulah mentajdid niat , berlapang dada dan bertolak ansur . Jika ada kesilapan yang dilakukan oleh ahli bayt kita , tegurlah dengan rasa cinta dan kasih sayang . Anggap bahawa setiap orang ada mujahadah masing-masing .

Seorang lagi ukhti fillah pernah berkata " Dua perkara yang kita perlu jaga bila duduk RI ni adalah dari sudut teknikal dan tarbawinya "

Teknikal adalah seperti bahan-bahan fikrah yang dilekat didinding rumah untuk membangktkan hamasah atau sebagai peringatan . Dan dari sudut kebersihan dan kekemasan rumah . Semua aspek ini perlu diambik kira .  Dari sudut tarbawinya pula . Adalah ruh . Ruh islam . Ini adalah sesuatu yang subjektif . Bukan boleh dicari atau dibuat-buat . Tapi , ianya dirasai .  Bagaimana mahu menghidupkan ruh islam ini ? Sama-samalah kita menjaga mutabaah amal dan tarbiyah dzatiah . Solat tahajud harus diambil serius , tazkirah dititiberatkan , amal-amal sunat dipraktikkan dan saling menasihati kearah kebaikan .


***

" Dan ingatlah apa yang dibacakan dirumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu ) . Sungguh Allah maha lembut maha mengetahui " ( Al-Ahzab :34)


***

Jika semua orang tidak mahu meng'hidup'kan rumah itu , kita yang sedar akan ke'matian' rumah itulah yang harus menjadi pengerakknya . InsyaAllah ya akhi dan ukhti sama-sama kita menghidupkan biah solehah yang bantu kita untuk menjadi Individu Muslim yang berkualiti .  Moga rumah kita ini mampu menjadi sehebat rumah ummu  nidhal (Mariam farahat yang juga dikenali sebagi khansa palestin ) dimana rumahnya menjadi tempat untuk tentera Al-Qassam merecharge kekuatan dan seperti rumah al-arqam bin abi al-arqam dimana rasulullah membina rijal-rijal dakwah .

Sunday, 17 November 2013

10 Muasafat Tarbiyah

[sumber:google image]
Bismillahirrahmanirrahim . InsyaAllah kali ini saya cuba berkongsi tentang muasafat tarbiyah . Ya . saya tahu , banyak dah post dari blogger-blogger yang masyhur lagi haibat berkaitan MT ini , namun saya tetap memilih untuk menulisnya kerana saya yakin bila ada seseoran yang benar-benar ingin mengetahui tentang 10 MT ini , maka dia akan memilih untuk membaca dari pelbagai sumber dan kita tidak tahu pada sumber yang mana satukah Allah gerakkan hatinya untuk memahami tentang perkara ini .

Baiklah , muasafat tarbiyah ni apa benda? Secara ringkasnya , muasafat tarbiyah ini adalah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri individu muslim . Pentingkah ? Of course ianya sangat penting . Kenapa ? Sebab untuk menaikkan kembali islam , kita perlukan manusia-manusia yang kuat dari sudut luaran dan dalamannya . Boleh listkan tak 10 MT tu ? InsyaAllah . Kita lihat satu persatu.

1) SALIMUL AQIDAH (Akidah Yang Sejahtera)
 " Katakanlah (Muhammmad), "sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku hanyalah untuk        Allah" [Al-An'am:162]
     * Tidak berhubung dengan jin
     * Tidak mendekati tilik
     * Mengimani rukun iman

2) SHAHIHUL IBADAH ( Ibadah Yang Benar)
   * Memperbaiki mutu solat
   * Sentiasa berdzikir
   * Menjauhi dosa besar
   
3) MATINUL KHULUQ (Akhlak Yang Mantap)
 "Dan sesungguhnya engkau benar-benar  berbudi pekerti yang luhur"[Al-Qalam:4]
    * Tidak takabbur
    * Tidak berdusta
    * Memenuhi janji

4) QADIRUN ALA KASBI ( Berdikari)
    * Menjauhi riba'
    * Memelihara harta peribadi
    * Tidak menangguhkan kerja

5) MUTSAQAFAL FIKRI ( Luas Pengetahuan)
  " Mereka menanyakan kepadamu(Muhammad) tentang khamar dan judi, katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia....."[ Al-Baqarah:219]
   * Mampu memberikan pandangan
   * Memahirkan diri denga wasilah moden
   * Banyak membaca

6) QAWWIYUL JISMI ( Kuat Tubuh Badan)
    * Makan dan minum mengikut sunnah
    * Bangun sebelum fajar
    * Komitmen dengan senaman

7) MUJAHADAH LINAFSIHI ( Bermujahadah)
    * Menjauhi tempat-tempat yang melalaikan
    * Menjauhi segala perkara haram
    *  Menjauhi tempat maksia

8) MUNAZHOM FI SYU'UNIHI (Berdisiplin)
 " Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur..."[As-Saff:4]
    * Penampilan yang elok
    * Teratur dalam urusan

9) HARISUN ALA WAQTIHI (Menjaga Masa)
 "Demi masa , Sesungguhnya  manusia berada dalam kerugian ..." [Al-Asr:1-3]
  * Bangun awal
  * Menggunakan masa dengan baik|
  * Tidak membiarkan orang lain menunggu

10) NAFIUN LIGHAIRIHI ( Bermanfaat )
    * Melaksanakan hak ibubapa
    * Membantu orang yang memerlukan

-Ukhty-

insyaAllah sama-samalah kita berusaha untuk memyemaikan dalam diri 10 muasafat tarbiyah ini .


Tuesday, 12 November 2013

Filtration


Bismillah , so today i would like to teach you about filtering process . What do you understand about this process ?

( Erk , dah tetiba berbahasa london ni kenapa ? ok , saja nak bagitahu semua orang yang BI saya sangat hancuss . )   
     
    
   



Merujuk kepada gamba diatas , maka apakah yang anda expect saya akan kongsikan kali ni ? Baik. jangan expect apa-apa . Expect Allah ye semua .

Penapisan ?

Apa yang saya faham adalah penapisan ni adalah satu proses untuk kita menapis sesuatu yang hasil dari tapisan itu kita akan dapat sesuatu yang baik atau sesuatu yang TERPILIH . Macam kita tapis minyak masak selepas goreng ikan ke ayam ke , untuk kita ambik minyak yang bersih tu kan . Eh , faham tak ni ? Okelah . Terus kepada point utama je lah . Oh , dan ini perkara serius .


"Kamu (Wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik yang dilahirkan bagi (faedah ) umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang  daripada segala perkara yang salah , serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman ) , Dan kalaulah  Ahli kita (yahudi dan nasrani ) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah iman itu menjadi bagi mereka . Tetapi diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik . (Ali-Imran :110)


Akhawatys , ingat tak saat pertama kali kita bersama-sama mentadabbur ayat ini ? Saat itu kita merasakan sangat-sangat bersyukur dengan kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad dan lebih bersyukur lagi kerana kita terpilih untuk berada didalam gerabak dakwah dan tarbiyah . Kita mengajak manusia untuk berbuat baik dan melarang dari kemungkaran . Alhamdulillah . Kita la yang TERPILIH  setelah ditapis .
Hari berganti , bulan bertukar . Kita semakin merasai izzah dengan islam . Kita merasa seronok melalui jalan yang pernah dilalui oleh Rasulullah . Biarpun kita tahu yang jalan ini satu jalan yang panjang , jalan yang akan ditentang , tapi kerana kita merasakan Allah telah memilih kita selepas menapis beberapa orang tertentu . Maka , kita tetap thabat . Saat itu kita benar-benar beriman dengan ayat


"Katakanlah ( Muhammad ) , Ini jalanku , aku dan orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin , Mahasuci  Allah dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik " ( Yusuf : 108)

"Wahai orang-orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah ( jalan ) untuk mendekatkan diri kepadaNya  dan berjihadlah dijalanNya agar kamu beruntung " ( Al-Maidah : 35)
Kita yakin jalan yang kita lalui ini adalah jalan yang benar . Kita yakin bahawa apa yang sedang kita lalui ini adalah salah satu wasilah untuk mendekat diri kepadaNya , untuk kita lebih memahami islam dengan hati . Biarpun banyak yang mengata-ngata tentang apa yang kita lakukan , tapi kita tidak endahkan kerana kita tahu apa yang kita buat dan kita rasa iman kita semakin terbina dengan wasilah ini . Kita terus melalui proses memahami Syahadatul Haq . Penyaksian atas kebenaran  ! Jiwa kita mula berkobar-kobar untuk menjalankan tangunggjawap sebagai seorang yang mengucap kalimah syahadah . Kita cuba berkongsi dengan semua orang tentang indahnya iman dan islam itu .  Biar terkadang berat untuk meluahkan , kita tetap mencuba . Kita berusaha menghidupkan biah solehah dirumah , mengajak ahli bayt  kearah mengizzahkan islam .  Seronok ! Bahagia !

Tapi tiba-tiba kita ditampar dengan satu pengisian Sayonara Jahiliyyah . Arghh . Sakit . Tika itu , baru kita sedar , banyak lagi jahiliyyah yang kita masih tak kikis . Rupa-rupanya kita telah percaya dengan kata-kata orientalis yang yang menyatakan jahiliyyah itu hanya berlaku sebelum nabi diutuskan , hanya berlaku pada orang arab yang tanpa kita sedar rupanya saat kita masih bergoyang kaki membuang masa melayan movie-movie yang tiada faedah itu adalah salah satu jahiliyyah . Maka , selepas itu , azam kita tinggi mengunung untuk tinggalkan satu persatu jahiliyyah . Walaupun perit , namun kita mengimani bahawa islam dan jahiliyyah tidak dapat disatukan .


"Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah kamu kedalam agama islam yang sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan . Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu " ( Al-Baqarah :208 )
Akhawatys , Usia tarbiyah kita hampir setahun . Tiada satu benda buruk yang kita dapat sepanjang berada dijalan dakwah dan tarbiyah ini . Saat pertama kali kita berkenalan dengan murobbi kita , kita diperkenalkan kepada islam dan atas dasar islam . Bukan atas nama yang lain . Nah , Jika sekarang kita memilih untuk 'keluar' , cuba kita renung sekejap , sebenarnya kita ingin keluar dari apa ? keluar dari bawa agama islam tu ? keluar dari menjadi batu bata yang ingin membina ustaziatul alam tu ?   
Akhawatys , kita yang berada di jalan ini . Dan kita yang merasai berada di jalan ini , maka tak kanlah dengan mendengar bicara-bicara individu yang tidak pernah merasai indahnya jalan ini , kita terus berasa goyah ?! akhawatys , ana pohon . ambil masa sejenak untuk entunna bermuhasabah . Moga kita tergolong dalam mereka yang ditapis . Sungguh , gerabak ini tidak akan rugi sedikit pun  tanpa kita , tapi kitalah yang rugi .



-ukhty-
Akhwatys , ana akan selalu mendoakan entunna untuk terus bersama-sama dalam gerabak ini . Jangan menyerah . Yakinlah , kita adalah yang terpilih dari tapisan itu . Bila futur datang menyapa , cepat-cepatlah kembali padaNya . Minta agar dithabatkan hati . Allahu ya muqolibal qulub , thabit qulubana ala dini wa ala to'atik wa ala thoriqoh da'watik . Moga Allah redha .




Wednesday, 6 November 2013

Mardhatillah












MARDHATILLAH

 Di hening subuh..
Mataku memandang ke langit,
Menanti terbitnya mentari,
Ditemani kicauan sang burung..
Fikiranku mula melayang,
ibarat dibawa angin seribu makna,
memikirkan matlamat hidupku..
Mardhatillah..
kalimah yang terungkap di bibirku,
kalimah yang membuat diriku terasa kerdil,
kalimah yang membuat aku terasa hina..
detik itu..
mardhatillah menjadi impianku,
menjadi impian utamaku
selain melangkah ke menara gading..
setapak langkah ku mengharapkan mardhatillah,
sepatah ucapanku mengharapkan mardhatillah..
dan..
segala amalku mengharapkan mardhatillah..
sebelum roh berpisah dari jasad..
harusku kecapi mardhatillah..
agar pemergianku.,tenang abadi..


UkhtyLasak ,
130311,
Selangor.


-ukhty-

Puisi ni ditulis masa zaman sekolah dulu . Waktu menulis ni baru dengar pengetua bercerita tentang mardhatillah .


Saturday, 2 November 2013

Ada Apa Dengan Al-Quran ?

Oke , apa yang entunna rasa dengan ayat-ayat Allah ni ?

Erk , tak rasa apa-apa pun .

*pengsan* .

Oke , over sungguh disitu . Dah tau mereka  tak de perasaan apa-apa terhadap surat cinta Allah ni , ajarlah . bukan pengsan ye kak bedah .

***
 Jika kita melihat masyarakat muslim hari ini , ramai yang pandai membaca alquran , menghafaz alquran , tetapi mengapa alquran itu tidak mampu mempengaruhi hidup seseorang ?

Baiklah , ingin saya kongsikan satu analogi yang pernah saya dengar dari seorang ustaz . Andaikan kita ada satu biji benih , dimana biji benih itu memang biji benih yang berkualiti , tetapi apabila diletakkan diatas tanah , biji benih itu tidak tumbuh ? Masalah disini adalah masalah biji benih atau tanah ? Jika benar biji benih itu memang biji benih terbaik dan diyakini semua bahawa ianya sangat berkualiti , pastinya yang menjadi masalah disini adalah tanah . Tanah tidak mampu nak menerima biji benih itu .

Begitu juga dengan umat islam . Masalah umat islam hari ini adalah tidak dapat menerima alquran . Sedangkan , Allah s.w.t telah menyediakan alquran itu sebaik mungkin . Alquran itu available untuk setiap manusia dan setiap zaman .

Jika kita melihat seerah , bagaimana para sabahat contohnya saidina umar yang memeluk islam dengan surah taha , dan rasulullah s.a.w sendiri yang apabila dibacakan satu ayat yakni Iqra' , telah mengubah hidupnya dan sterusnya diturunkan surah mudatsir dimana surah ini menerangkan tentang kerja dakwah . Maka , dapat kita faham disini , bahawa al-quran telah mengubah hidup seseorang itu .

Tapi , mengapa , kita yang telah bertahun-tahun membaca alquran tetapi alquran tidak meninggalkan satu pun kesan dalam hidup kita . Masalahnya pada kita atau pada alquran ?

Jadi , disini saya ingin berkongsikan tentang cara untuk berinteraksi dengan alquran . Baiklah , mohon semua pembaca tarik nafas , lapangkan dada , tajdid niat . Moga Allah meredhai dan memudahkan antum untuk memahami perkongsian hari ini :)

***
Pertamanya adalah dengan merasai alquran itu UNTUK KITA . Bagaimana? takda tulis nama kita pon dekat alquran , kalau buka tafsir , mesti tulis muhammad la musa la , tak letak nama Tipah pon dekat situ . Caranya begini wahai akhi dan ukhti , cuba kita tukarkan nama yang ada dalam alquran itu dengan nama kita . Contohnya dalam terjemahan surah taha ayat dua " Kami tidak menurukan al-Qur'an ini kepadamu (Muhammmad) agar engkau menjadi susah.." . Tukarkan nama dalam kurungan itu dengan nama kita . InsyaAllah , saat itu kita pasti sangat merasakan bahawa Allah sedang berinteraksi dengan kita .

Keduanya adalah dari sudut keunikan BAHASA al-quran . Antum sendiri maklum , bahawa alquran ini diturunkan dalam bahasa arab . Justeru , apa yang harus kita buat sekiranya tidak tahu ? Keunikan bahasa arab ini antaranya adalah tidak perlu intonasi untuk memahami penceritaan didalam Al-quran . Cukuplah dengan mahir dalam bidang nahu, sorof dan balaghah , I.Allah kita akan memahami penceritaan sebenar .

Seterusnya , saya ingin bertanya , Al-Quran ini untuk hati ke otak ? Sekiranya Al-quran ini untuk otak (ilmu) , maka bagaimana untuk mereka yang tidak kesekolah ? yang tidak pandai membaca ? Alquran ini adalah untuk diFAHAMI DENGAN HATI . Mindset kena ada . Apa yang kita nak dari Al-quran ? Jika kita menganggap Al-Quran ini sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus , maka itulah yang kita dapat .
Fahami firman Allah ini dengan baik :-

"Dan sungguh , akan kami isikan neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah , dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah . Mereka seperti haiwan ternak malah lebih sesat lagi . Mereka itulah orang-orang yang rugi" [7;179]

Alquran diturunkan secara berperingkat-peringkat . Ada asbab nuzul , ada cerita dan peristiwa . Mengapa Alquran tidak diturunkan sekaligus ? Kerana takut culture shock . Man mungkin segala pensyaritan hukum hakam diturunkan serentak . Hal ini akan menjadikan umat pada tika itu makin jauh dari islam dan memberikan kurang impact . Sebagai contoh , kita melihat asbab nuzul surah dhuha adalah untuk memujuk nabi Muhammad setelah lama wahyu tidak diturunkan . Seandainya kita MEMAHAMI LATARBELAKANG sesuatu surah tu , maka kita akan lebih merasainya

Dan akhir sekali adalah kita harus menyedari SIAPA KITA . Zaman nabi ada banyak kelompok , masa wahyu turun,nabi start dakwah kelompok keliling dia lalu terbinalah kelompok baru,  kelompok orang islam, duduk di rumah al-arqam abi al-arqam , terdiri dari macam-macam golongan dikumpulkan oleh aqidah berkumpul kerana islam untuk kerja dakwah islam . Orang yang faham tentang tanggungjawab dan tugas , dia akan tgk quran dalam dimensi yg berbeza, sebagai pembekal .So , apa persamaan kita dengan para sahabat ? Kita sama sebagai orang yang nak bawa islam dan sebagai khalifah . Alquran untuk sejenis manusia, yang nak bawa islam, mentaliti, faham fikrah, dan nak bawak islam. Apa perlu dari kita?jadi orang yang bawa islam . Kalau kita tak nak ikut jalan nabi , kita takkan dapat merasai alquran sebagaimana yang mereka rasa .

Wallahualam .






 Semoga kita dapat menghayati Al-quran dengan mata hati dan dapat semoga Al-quran dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita .

" Maka tidakkah mereka menghayati Al-quran atau hati mereka telah terkunci? " [Muhammad 24]










Thursday, 31 October 2013

Dekat


"Shima, ana ada benda sikit ni nak cakap dengan enti. Boleh ke?"

"InsyaAllah .  Eh ,berdebar pulak . hehe "

"Ala, takde apa-apa lah . Erm , sebenarnya . ana cemburu lah dengan enti"

"Cemburu ? kenapa ? Ana buat apa ye ?"

" Ana selalu perasan yang enti ni mudah sangat menangis bila solat dan enti ni rajin qiam kan ? Boleh share sikit tak ? Ana ni susah sangat nak menangis "

"Allah , ana biasa je . tak tahulah . apa yang ana boleh kongsi adalah , ana rasa bila anak bersujud tu ana dekat sangat dengan Dia dan ana rasa berat untuk bangun dari sujud tu sebab tak sanggu nak berpisah dengan Dia  dan qiam itu adalah antara sumber kekuatan "

MasyaAllah !

***

Ok , taknak cerita panjang .

 " Dan sungguh kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya " (Qaf :16)

" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (muhammad) tentangku , Maka sesungguhnya aku dekat"
( Al-Baqarah :186)

" Sungguh , bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan di waktu itu lebih berkesan "
( Al-Muzammil :6)

***
Dengan jiwa yang menginginkan kebaikan , maka dengan 3 ayat cinta dari Allah ini diharapkan dapat sama-sama menjadikan kita hamba yang sangat merasai bahawa Dia begitu dekat . InsyaAllah sama-sama kita mujahadah ya !

Oh , yang berada di negara 4 musim tu , selamat menjaga ibadah anda di musim-musim sejuk ni . Mujahadah lebih sikit  >.<






Wednesday, 30 October 2013

Ukhwah Yang Teruji


Bismillahirahmanirrahim .

Ukhwah Yang Teruji ? Kau nak cerita pasal apa ni der ? Alah , biasalah budak-budak usrah , budak-budak agama ni sukalah guna ayat ukhwahfillah la ukhwah hingga ke syurga la apa lah . Padahal benda sama je kot . Kitaorang guna terms BFF ,  Besties . Maksudnya sama je kan ngan korang punya terms kan ? Dah , bosan . Malas nak baca .

Akak , Adik , Meh sini meh , baca sikit je . Saya taknak tulis panjang pun . InsyaAllah :)

Siapa yang takda kawan baik ? Angkat tangan !

"Saya tak suka ada kawan baik , nanti kena berpisah"

"Semua orang tak boleh percaya , buat apa nak ada kawan baik"

"Saya fobia nak ada kawan baik selepas kawan baik saya rampas boyfie saya" ( erk ? . )

***

Akhi , Ukhty , Persahabatan itu akan jadi indah jika berlandaskan keimanan . Ini fakta . Jika kita meletakkan Allah dalam ukhwah yang terbina pasti ukhwah itu akan terasa indah , bahagia hingga kita merasakan ingin bersamanya untuk selama-lamanya . Ya . Hingga ke syurga .

"Tapi....saya masih tak thiqoh (percaya) dengan usrahmate saya sendiri"

" Dia dah mula jauhkan diri dari saya"

"Bila saya dah sebilik dengan dia , baru saya tahu perangai sebenar dia "

Allah , Allah . . Ukhti , Lafaz ukhwah fillah bukan sekadar lafaz mainan . Padanya tersurat seribu makna . Pada lafaz itu kita berjanji bahwa ukhwah ini adalah keranaNya . Maka , Ingin saya tegaskan , jika kita ingin bersahabat jangan kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahannya , kita akan menjauhinya , Jangan kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan , kita akan membencinya , Jangan kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kita mungkin akan meninggalkannya , Jangan kerana keceriannya kerana apabila dia tidak pandai menceriakan , kita akan menyalahkannya . Terimalah dia seadanya . Apa yang kurang padanya kita tambahkan , apa yang buruk , kita perbaiki . Sama-sama kita berusaha menuju redhaNya .

Dalam ukhwah ini , yang ada bukan hanya keindahan , pasti akan terselit kesusahan . Saat itu , ukhwah kita teruji . Saat itu juga kita sama-sama harus berlapang dada , memberi masa sesama sendiri . Muhasabah diri . Jangan diikut emosi atau kata hati yang tidak stabil . Minta padaNya . Teguhkan ukhwah ini dengan menyebut namanya disetiap doa .

Bila amarah datang menyapa , bila benci mula menjengah . Istighfar !

***

" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa" (Az-Zukhruf :67)

MasyaAllah , Allah menceritakan perihal persahabatan didalam Al-Quran . Moga Kita terus dapat berpimpin tangan kesyurga ya akhwtys . Iman dan Taqwa menjadi paksi ukhwah ini .

***


Dijalan Allah , Perhubungan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu ,
Perhubungan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia ,
Kerana Dialah aku mengenalimu ,
Dan kerana Dialah yang telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama ,
Perhubungan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang ,
Jagalah Allah , Maka Dia akan menjagamu ,
Ingatlah Allah diwaktu lapang , Dia akan mengingatimu diwaktu susah .


"Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia , dan jadikanlah dia teman dalam urusanku , agar kami banyak bertasbih kepadaMu , dan banyak mengingatiMu , sesungguhnya engkau maha melihat keadaan kami" (Taha :31-35)



Thursday, 22 August 2013

HambaNya


Aku terdiam membisu,
Langkahku terhenti ,
Fikiranku melayang ,
Merentas alam yang fana ,
Kemanakah aku selepas ini ?
Adakah aku berada di syurga yang tenang
atau neraka jahannam ?
Aku tertunduk sepi ,
Betapa kerdilnya diri ini ,
Betapa hinanya diri ini ,
Layakkah aku berada di firdausi ?


Aku ... Hanyalah hamba ,
Aku tidak pantas untuk bangga ,
Kerana apa yang ada padaku adalah milikNya ,
Syukur...Kalimah agung aku panjatkan ,
Kerana aku masih lagi dijalanNya,
Tatkala manusia mengagungkan duniawi ,
Tatkala manusia merendahkan ukhrawi ,
Aku...masih lagi mengenal erti hamba ,
Semua ini milikNya ,
Dia berhak menarik semuanya ,
Namun , Dia maha Adil ,
Maha pengasih lagi Maha penyayang .


Ukhty Lasak,
190311,
Selangor.


-Ukhty-

Puisi ini ditulis ketika saya masih dibangku sekolah menengah . Masih anak hingusan yang sebenarnya masih tidak faham dengan hakikat sebuah kehidupan . Bila sedih , kerjanya menulis puisi . Eh , puisi ke ni ? Tak
tahulah . anda letaklah ia dalam kategori apa pun . Cumanya , hari ini saya telah tahu bahawa Allah menjadikan kita dimuka bumi ini bukanlah untuk goyangkaki makan KFC sahaja . Tapi , untuk menjadi Abid dan Khalifah . Boleh TnT (tilawah dan tadabbur surah al baqara ayat ke 30) . Moga-moga kita mampu menjadi sebaik-baik abid dan khalifah . InsyaAllah .

Tuesday, 20 August 2013

Jalan keluar ?

Anda semua pernah ditimpa masalah tak ? Mesti pernah kan . Takyah nak menipu lah . ha ? siapa yang kata tak pernah tu meyh email saya . Saya nak tahu jugak bagaimana anda melayari kehidupan anda yang penuh riang tanpa masalah tu . Oke , Bila anda dapat masalah anda buat apa?


"menangis sampai lebam"
"Tidur+makan"
"cerita dekat orang"
"bunuh diri" . erk ? kalau dah bunuh diri maksudnya anda dah tak boleh baca post saya nih .

Hurm , saya juga manusia biasa yang masih memerlukan rahmat dariNya untuk terus bernafas di muka bumi ini . Saya juga pernah ditimpa bermacam-macam musibah yang terkadang rasa macam arghhh ! hisyyhh ! eeeee! (macam tu lah lebih kurang luahan perasaan nya) . Lepas tu..

"eh , brader , kiteorang taknak tahu pon dengan kau punya masalah , perasaan or whateva . cepat , straight to the point , apa jalan keluar nya?"

Erk . Oke . Ekceli dipendekkan cerita , adalah seorang makcik qowiy lagi ohsem telah berpesan pada saya untuk saya mengamalkan bacaan ayat 2 & 3 dari surah at-talaq yang juga disebut sebagai ayat seribu dinar di setiap kali lepas solat .



Disebabkan saya tidak menghafal ayat ini , maka saya bukalah mushaf alqur'an saya dan membaca ayat ini beserta dengan maksudnya . Maka , disitu ya saudara-saudari sekalian , ayat Allah itu telah menyentuh jiwa saya yang penuh noda ini . Yakni , pada ayat "barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah , maka akan dijadikan baginya JALAN KELUAR .

Allahurabbi ! tika ini hati saya "kau bertaqwa pada Allah , maka , Allah tunjukkan jalan keluar"

Akak , taqwa tu sejenis gula-gula getah keluaran terbaru ke ? Adeh ! bukan macam tu sayang . Jom kita lihat ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang ciri-ciri hamba yang bertaqwa :

 "Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,yaitu orang yang BERINFAQ baik diwaktu lapang mahupun sempit , dan orang yang MENAHAN AMARAHNYA , dan MEMAAFKAN KESALAHAN orang lain , dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri SEGERA MENGINGATI ALLAH dan MEMOHON AMPUN atas           dosa-dosanya..." ( ALI IMRAN : 133-135)


Nah , Allah telah gariskan didalam alqur'an beberapa ciri-ciri hamba bertaqwa yang perlu kita semaikan dalam diri kita . Ya , mungkin susah . Namun , usahalah kearahnya . Kadangkala kita merasakan bahawa ujian yang kita lalui adalah ujian yang paling berat . Sampai kita rasa give up untuk semua ni . Kadang-kadang kita salahkan pula Allah kerana memberi kita ujian sehebat itu .

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Kadang-kadang bila kita ditimpa musibah , kita rasa down , rasa tak mampu . Tapi , sebenarnya sehingga ke hari ini detik yang anda sedang membaca tulisan saya ini , cuba kita imbau kembali , berapa banyak masalah yang kita kata kita tak mampu nak lalui , tapi , kita dah berjaya lalui hinggalah ke saat ini kita mampu duduk tengok movie sambil makan  bubur . (tak best langsung tengok movie sambil makan bubur =.=')



So , brader ceritanya sekarang , ittaqullah la yer?

Yup ! tepat sekali . yang kurang tepat . tu "brader" tu . Saya sister . eheh .

InsyaAllah , sama-samalah kita cuba untuk memperbaiki diri kita menjadi insan yang bertaqwa

-Ukhty-

Allah memberikan ujian yang hebat kepada saudara-saudara kita di bumi mesir . Mereka cekal menghadapi semua itu . Saya bertanya sendiri mengapa mereka mampu menjadi sehebat itu ? Taqwa , adakah itu rahsianya ? Dan antara yang paling saya kagumi adalah Presiden Morsi . Allahurabbi . Hebatnya beliau . Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat .

Ayuh ! Jangan berhenti berdoa buat saudara-saudara kita di bumi mesir !



Sunday, 18 August 2013

Diari Terbuka : Aku Dan Mesir


Bismillahirrahmanirrahim ,

Dear Deari , Saban hari aku melihat bumi mesir terus disirami dengan darah-darah syuhada' . Aku melihat saudara-saudaraku  tiada gentar memperjuangkan Al-Haq . Aku melihat saudara-saudaraku dibunuh oleh mereka-mereka yang tidak punya perasaan . Ya , aku melihat semua itu . Sekadar MELIHAT . Aku melihat dan cuba mengikuti perkembangan mereka disana . Aku sekadar melihat kekejaman yang berlaku . Terkadang aku tanya pada hati , "apa benar aku cintakan saudara-saudaraku disana?"

[syurga menantimu wahai syuhada']
Semakin hari , semakin ramai yang dijemput menemuiNya . Perasaan sebak mula menyapa diri ini . Aku sedih . Sekiranya aku berada di bumi mesir , adakah aku berani untuk turun berhimpun bersama mereka ? Sedang aku tahu peratus untuk syahid itu sangat besar . Adakah aku memikirkan tentang syahid atau aku memikirkan bagaimana aku mahu bertemu tuhan dalam keadaan diri yang penuh dosa . Allah . Adakah aku belum bersedia untuk bertemu dengan Allah ?  Sedangkan aku kata aku cinta Allah , namun mengapa perasaan takut itu hadir ? Cintaku adalah dusta .

[Kredit: Mesir Kini]
Kadang-kadang aku malu , bila ada yang bertanyakan padaku soal mesir , aku tidak mampu memberikan jawapan dengan sebaik mungkin , kerana selama ini aku tidak pernah ambil tahu tentang mereka . Bila kecoh di alam maya tentang apa yang terjadi disana , barulah aku terkial-kial ingin menjadi muslim yang cakna akan isu ummah . Aku malu pada diri aku sendiri . Aku malu pada saudara-saudaraku disana . Aku takut jika diakhirat kelak , mereka bertanyakan padaku tentang apa tindakan setelah melihat kezaliman yang dilakukan ke atas mereka .Mesir , Syria , Palestin , Rohingnya ! Allah , banyak jiwa-jiwa umat islam yang akan menuntut hak mereka ke atas aku . Itu sebahagian yang aku tahu akan kesengsaraan yang mereka alami . Itupun , aku sekadar tahu dari laman muka buku , dari sahabat-sahabat dan bukan kerana aku benar-benar cakna tentang mereka .


Aku sedar , aku tidak boleh tinggal diam untuk hal ini . Aku juga ingin lakukan sesuatu untuk mereka . Ya , antara usahanya aku share di FB , twitter ,dan  blog tentang mereka . Aku doakan untuk mereka . Itulah usaha yang mampu aku lakukan ., Biarpun tidak seberapa , Aku harap ini akan menjadi hujah aku diakhirat kelak .  Buatmu , saudara-saudaraku disana . Aku tahu kamu insan terpilih . Aku tahu kamu punya kekuatan yang luar biasa . Aku ingin sekali menjadi sehebat kamu . Biar cepat atau lambat . Aku yakin Al-Haq itu pasti akan menang ! Allahuakbar .

-Ukhty-

Saya memang seorang ukhty yang ada buku deari sendiri . Cuma kali ini , saya ingin kongsikan isi deari saya dengan sahabat sekalian . Saya berharap sangat kita semua akan menjadi muslim yang benar-benar cakna dengan isu ummah . Gunakanlah apa jua wasilah (jalan) untuk sebarkan berita tentang ummah , kerana sebenarnya ramai lagi sahabat-sahabat kita diluar sana yang langsung tidak tahu tentang perkara ini . Moga Allah menilai usaha saya yang sedikit ini . Moga kisah Zuljausyan menjadi iktibar buat kita semua .

Buat sesiapa yang masih baru nak memahami isu mesir , mungkin catatan dari blog APG boleh menambahkan sedikit kefahaman anda . Dan silalah lik page Mesir Kini untuk mengikuti perkembangan tentang saudara-saudara kita di mesir .

Wallahualam .

Friday, 16 August 2013

Ukhty Fillah .


 Ukhty Fillah ,
Engkau membuktikan pada ku apa
makna ukhwah fillah .
Tatkala aku duka , kau setia disisi ,
Kau kirim ayat-ayat Allah sebagai penghibur jiwa ,
Kau rungkai sirah anbiya’ sebagai penguat langkah ,
Di kala aku gembira , senyummu mengiringi .
Kau ajarku bersyukur atas nikmat gembira ini ,
Sungguh , kadang aku rasa bersalah terhadapmu .
Tidak pernah sekali aku mendengar keluhan dari mu,
Tidak pernah sekali aku dengar curahat darimu ,
Apa kau tidak punya masalah ?
Mustahil !
Dari dirimu aku belajar sesuatu yang bernilai ,
Aku belajar senyum dikala duka ,
Aku belajar meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan .
Pernah sekali aku ternampak coretanmu yang berbaur duka ,
Ingin sekali aku bertanya ,namun , ada “sesuatu” yang menghalang ,
Dari kejauhan aku mendokan agar segala kerunsinganmu berakhir ,
Sungguh , ini kerana aku cinta padamu keranaNya .

Ukhty Fillah ,
Antara kau dan aku bagai tiada rahsia ,
Cuma kadangkala perkara2 berkaitan dakwah dan tarbiah
yang menjadi jurangnnya ,
Namun ukhty  . . jangan kau risau ,
Tiadalah aku terkilan , kerana aku mngerti ,
Bahawa aku masih lagi junior dalam jalan ini .
Ade proses-proses yang harus aku lalui .

Ukhty Fillah ,
Jazakillahu khairan kathiran aku ungkapkan ,
Atas tali ukhwah ini ,
Atas kesabaranmu melayan kerenahku ,
Atas kesungguhanmu memberiku semangat .
Ukhty Fillah ,
Aku ingin mengikat janji setia denganmu ,
Ukhty , berjanjilah . . .
Kita akan ke syurga bersama ,
Tuntunlah aku menuju redhaNya .

Ukhty,
Hari ini aku ingin mengungkap lafaz azimat padamu .
Sungguh . Ana Uhibbuki fillah . !

Ukhty Lasak,
240513,
Jordan.

-Ukhty-

Secara khususnya puisi ini saya tulis untuk ukhty fillah saya yang namanya bermula dengan huruf double U (baca: W) . Puisi ini datangnya dari hati terus ke papan kekunci . Saat saya menulis puisi ini , saya benar-benar berasa terhutang budi pada sahabat saya seorang ini , rasa bersyukur yang teramat kerana Allah mempertemukan saya dengan dia . Secara umumnya , puisi ini saya dedikasikan juga untuk entunna . Sahabat seperjuangan saya yang sentiasa memberi sokongan pada saya . JZKK atas semuanya .

Wednesday, 14 August 2013

Hebatnya Wanita itu .


Wanita
Martabatmu diangkat dimata islam,
Hakmu dijaga dirantai syariat,
An-Nisa’ tercatat didalam Al-quran,
Bukti Tuhan kasihkan kalian .

Oh,aku merindui wanita secekal Siti Hajar,
Terbiar sendiri bersama si kecil,
Ditinggal Ibrahim di tanah gersang,
Padang tandus itu menjadi saksi,
Safa Marwa itu menjadi bukti,
Perpisahan antara dua hati.
Kerana kasihnya pada ismail
Wanita itu tabah berlari demi setitis air,

Aku mencari pewaris Khaulah Al-azwar,
Gagah berani berbaju besi ,
Tangkas mencantas kilatan pedang,
Di maarikah yarmouk dia beraksi,
Demi Dhirar dibalik jeriji.

Sungguh,aku dambakan kasih ilahi,
Namun aku tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah,
Yang agung cintanya  untuk Ar-rahman,
Yang pasakkan rindunya untuk Ar-rahim,
Yang zikirnya tiadalah terhenti.

Ku kira,mereka itu serikandi dahulu,
Yang hidupnya bersama sahabat, tabiin.
Nah, pantas sahaja mereka sehebat itu .

Tidak ! sangkaanku jauh tersasar,
Lantai sirah terus dihiasi indah
Hadirnya Zainab Al-ghazali di bumi mesir
Umpama permata dakwah di era jatuhnya islam .
Suaranya lantang memperjuangkan ad-din
Dia disiksa persis seorang lelaki ,
Walhal , susuk tubuh halus itu hanyalah seorang wanita
yang tegar menyampaikan Al-Haq !

Nun, jauh di bumi palestin,
Landskap perjuangan dakwah terus diwarnai,
Dengan ceritera gigihnya wanita itu ,
Merelakan semua puteranya memburu syahid ,
Menjadi sayap bersenjata Briged Al-Qassam,
Wanita itu gagah menempuhi liku-liku kehidupan ,
Biar rumahnya dibom berjuta kali  ,
Namun, semangatnya tidak pernah hancur
bersama batu bata singahsana.
Maryam Farahat,
Engkaulah khansa palestin !


Kini, ku seru diriku dan kamu ukhti-ukhti seakidahku.
Ayuhlah kita bangkit !
Menggegar dunia,
Mencipta sejarah ,
Mengganti serikandi-serikandi agung
yang telah damai di alam sana .

ukhti fillah,
tiada masa untuk berpangku tangan ,
kini sudah tiba masanya untuk kita bergerak .
“wahai orang-orang yang berselimut,
bangunlah, lalu berilah peringatan !
dan agungkanlah tuhanmu…”
(Al-Muddasir:1-3)


Ukhty Lasak,
270413,
Jordan .


-Ukhty-
Moga akan lahir pada era ini wanita-wanita sehebat mereka . Dan saya sendiri berharap agar sayalah salah seorang wanita hebat itu . Yang ingin menginfakkan diri untuk jalanNya . Wanita , jangan biar dirimu dipijak !