Erk , tak rasa apa-apa pun .
*pengsan* .
Oke , over sungguh disitu . Dah tau mereka tak de perasaan apa-apa terhadap surat cinta Allah ni , ajarlah . bukan pengsan ye kak bedah .
***
Jika kita melihat masyarakat muslim hari ini , ramai yang pandai membaca alquran , menghafaz alquran , tetapi mengapa alquran itu tidak mampu mempengaruhi hidup seseorang ? Baiklah , ingin saya kongsikan satu analogi yang pernah saya dengar dari seorang ustaz . Andaikan kita ada satu biji benih , dimana biji benih itu memang biji benih yang berkualiti , tetapi apabila diletakkan diatas tanah , biji benih itu tidak tumbuh ? Masalah disini adalah masalah biji benih atau tanah ? Jika benar biji benih itu memang biji benih terbaik dan diyakini semua bahawa ianya sangat berkualiti , pastinya yang menjadi masalah disini adalah tanah . Tanah tidak mampu nak menerima biji benih itu .
Begitu juga dengan umat islam . Masalah umat islam hari ini adalah tidak dapat menerima alquran . Sedangkan , Allah s.w.t telah menyediakan alquran itu sebaik mungkin . Alquran itu available untuk setiap manusia dan setiap zaman .
Jika kita melihat seerah , bagaimana para sabahat contohnya saidina umar yang memeluk islam dengan surah taha , dan rasulullah s.a.w sendiri yang apabila dibacakan satu ayat yakni Iqra' , telah mengubah hidupnya dan sterusnya diturunkan surah mudatsir dimana surah ini menerangkan tentang kerja dakwah . Maka , dapat kita faham disini , bahawa al-quran telah mengubah hidup seseorang itu .
Tapi , mengapa , kita yang telah bertahun-tahun membaca alquran tetapi alquran tidak meninggalkan satu pun kesan dalam hidup kita . Masalahnya pada kita atau pada alquran ?
Jadi , disini saya ingin berkongsikan tentang cara untuk berinteraksi dengan alquran . Baiklah , mohon semua pembaca tarik nafas , lapangkan dada , tajdid niat . Moga Allah meredhai dan memudahkan antum untuk memahami perkongsian hari ini :)
***
Pertamanya adalah dengan merasai alquran itu UNTUK KITA . Bagaimana? takda tulis nama kita pon dekat alquran , kalau buka tafsir , mesti tulis muhammad la musa la , tak letak nama Tipah pon dekat situ . Caranya begini wahai akhi dan ukhti , cuba kita tukarkan nama yang ada dalam alquran itu dengan nama kita . Contohnya dalam terjemahan surah taha ayat dua " Kami tidak menurukan al-Qur'an ini kepadamu (Muhammmad) agar engkau menjadi susah.." . Tukarkan nama dalam kurungan itu dengan nama kita . InsyaAllah , saat itu kita pasti sangat merasakan bahawa Allah sedang berinteraksi dengan kita .
Keduanya adalah dari sudut keunikan BAHASA al-quran . Antum sendiri maklum , bahawa alquran ini diturunkan dalam bahasa arab . Justeru , apa yang harus kita buat sekiranya tidak tahu ? Keunikan bahasa arab ini antaranya adalah tidak perlu intonasi untuk memahami penceritaan didalam Al-quran . Cukuplah dengan mahir dalam bidang nahu, sorof dan balaghah , I.Allah kita akan memahami penceritaan sebenar .
Seterusnya , saya ingin bertanya , Al-Quran ini untuk hati ke otak ? Sekiranya Al-quran ini untuk otak (ilmu) , maka bagaimana untuk mereka yang tidak kesekolah ? yang tidak pandai membaca ? Alquran ini adalah untuk diFAHAMI DENGAN HATI . Mindset kena ada . Apa yang kita nak dari Al-quran ? Jika kita menganggap Al-Quran ini sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus , maka itulah yang kita dapat .
Fahami firman Allah ini dengan baik :-
"Dan sungguh , akan kami isikan neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah , dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah . Mereka seperti haiwan ternak malah lebih sesat lagi . Mereka itulah orang-orang yang rugi" [7;179]
Alquran diturunkan secara berperingkat-peringkat . Ada asbab nuzul , ada cerita dan peristiwa . Mengapa Alquran tidak diturunkan sekaligus ? Kerana takut culture shock . Man mungkin segala pensyaritan hukum hakam diturunkan serentak . Hal ini akan menjadikan umat pada tika itu makin jauh dari islam dan memberikan kurang impact . Sebagai contoh , kita melihat asbab nuzul surah dhuha adalah untuk memujuk nabi Muhammad setelah lama wahyu tidak diturunkan . Seandainya kita MEMAHAMI LATARBELAKANG sesuatu surah tu , maka kita akan lebih merasainya
Dan akhir sekali adalah kita harus menyedari SIAPA KITA . Zaman nabi ada banyak kelompok , masa wahyu turun,nabi start dakwah kelompok keliling dia lalu terbinalah kelompok baru, kelompok orang islam, duduk di rumah al-arqam abi al-arqam , terdiri dari macam-macam golongan dikumpulkan oleh aqidah berkumpul kerana islam untuk kerja dakwah islam . Orang yang faham tentang tanggungjawab dan tugas , dia akan tgk quran dalam dimensi yg berbeza, sebagai pembekal .So , apa persamaan kita dengan para sahabat ? Kita sama sebagai orang yang nak bawa islam dan sebagai khalifah . Alquran untuk sejenis manusia, yang nak bawa islam, mentaliti, faham fikrah, dan nak bawak islam. Apa perlu dari kita?jadi orang yang bawa islam . Kalau kita tak nak ikut jalan nabi , kita takkan dapat merasai alquran sebagaimana yang mereka rasa .
Wallahualam .
Semoga kita dapat menghayati Al-quran dengan mata hati dan dapat semoga Al-quran dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita .
" Maka tidakkah mereka menghayati Al-quran atau hati mereka telah terkunci? " [Muhammad 24]

No comments:
Post a Comment