Thursday, 27 March 2014

Jahiliyyah Yang Menyapa

   

  
                                                                


“Arghhhhh . Arghhhh ! hisyhhhh !”

Dena menjerit .  Memukul-mukul segala apa yang ada didalam kereta .

“eeeeee ! arghhhhhhhhh ! .tsk tsk .”

Jeritannya semakin kuat . Jeritan bersulam tangis . Air mata terus mengalir deras . Mengeluh.

Selang tujuh minit, tangan Dena pantas mencapai  Samsung S7 miliknya . Mencari di phonebook , satu nama .

Jumpa . Call . “this is the voicemailbox…” Panggilan dimatikan . Hisyh ! akak nih . Henfon murobbinya kehabisan bateri barangkali . Tidak berputus asa , terus mencari akhawat lain yang boleh dihubungi .

Hampa. Satu pun tidak berkesan . Tiga daripadanya tidak berjawap , satu tertinggal henfon dirumah , puan mamanya pula yang jawap . Dan satu lagi..

“helo , akak ! saya…”
“Dena … maaf maaf kejap lagi akak call awak balik..Akak tengah drive ni ada roadblock kat depan . kejap ye sayang .”
“ok..Assalammualaikum”
“waalaikummussalam”

Sekali lagi kecewa . Tsk, tsk . Sedihnya dipendam sendiri .

“Ya Allah , apa dah jadi ni . Apa sebenarnya yang Kau hendak tunjukkan ?”Dena bermonolog sendirian.
***
Jazakillah ukhti atas komen yang diberikan . InsyaAllah ana akan cuba memperbaiki video-video ana selepas ini .

Satu mesej masuk di ruangan inbox facebook  Nur  Diana Amani . Lebih mesra dikenali sebagai Dena.
Mesej itu membuatkan senyuman Dena panjang . Hatinya sedikit berdebar , namun masih boleh dikawal. Mesej bukan dari sebaran g manusia . Mesej dari seorang Vlogger yang kian mencipta nama dengan video-videonya yang sangat kreatif.

Muhammad Amir Hakim bin Muslih . Seorang lelaki  kacukan arab-melayu ,sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Atas Awan di negara barat. Peramah . Just  Perfect . Lelaki idaman ramai .

waiyyaka . Pendek Dena membalas . Jaga ikhtilat katanya .

Hari terus berlalu . Kalendar China terus bertukar tahun .  Dari tahun harimau ke tahun arnab .Dena tenang meneruskan pengajiannya di Kolej Universiti Cek Timah di Kuala Lumpur . Setiap Kali menghadap facebook , notification menjadi banyak . Bila ditekan , rupanya yang membanyakkan noti nya adalah “ Amir hakim update his status….” Kalau tidak pun “ Amir Hakim added a new photo to his timeline”

Alahai . Dena . Budak Usrah . Bakal menjadi Murobbi bila buka sem baru nanti dengan kedatangan adik-adik tahun 1 . Seronok meletakkan Amir Hakim sebagai close friend agar segala aktivitinya dalam pengetahuan Dena . Dah macam isteri Amir dah .
Sampai la ke suatu hari , Dena terbaca status Amir :
InsyaAllah ana bakal mendirikan rumah tangga dalam bulan sebelas ini iaitu setelah ana kembali ke tanah air . Doakan semuanya berjalan lancar . –smiley-

Tak pasal-pasal Diana Amani  sentap . Ada satu perasaan aneh dalam hatinya . Sedih mungkin . Meja dihentak kuat . Bingkas bangun dari tempat duduk ke sebuah laci disebelah katilnya . Ubat tidor . Ditelannya satu papan .

Pandangannya kabur , nafasnya ditarik perlahan-lahan . Sakit . Saluran pernafasan sempit . .Kakinya tegang , urat leher kelihatan dengan jelas . Matanya tertutup rapat ..

***
Petang itu indah . Angin bertiup mengikut rentak hati . Gelak tawa kanak-kanak menjadi  background music . Taman Tasik Awan Gebu menjadi pilihan mereka sebagai destinasi untuk bertemu lutut . Cadangan daripada Dena . Ahli usrah lain tiada bantahan .

Dua minggu Dena mengambil masa untuk mencari kekuatan bertemu dengan usrahmatenya . Selepas keluar dari hospital , inilah kali pertama Dena keluar rumah . Sebelum ini , Dena hanya mengurungkan diri dalam rumah . Makannya jika disuruh , tidurnya bila dipaksa .Bulatan gembira hari tu agak pelik kerana selalunya yang paling banyak berceloteh , yang paling rancak ketawanya adalah Dena . Namun  , hari ini Dena sekadar senyum . Senyum terpaksa .

“hurm , akak ..” Suara Dena menjadikan 7 pasang mata tertumpu padanya .

“Saya tak tahu apa yang saya dah buat , saya tak tahu macam mana saya boleh tersuka dia , saya malu dengan semua orang , saya malu dengan Allah . Akak , saya dah terlanjur mencintai dia .” Tunduk . Dena menangis . Laju air mata Dena tumpah ke bumi .  Amirah yang bersebelahan dengan Dena memegang erat tangannya . Memeluk tubuhnya .

“ Sayang , mungkin Allah hadirkan dia sebagai ujian buat awak . Allah nak lihat sejauh mana awak mujahadah melawan nafsu kamu . Allah nak awak tahu bahawa yang lebih berhak untuk awak cintai itu adalah Dia . Cuba kita lihat firman Allah dalam surah Ali-imran Ayat 142 “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar”

“Dena , Allah nak lihat jihad awak . Allah nak sediakan tempat untuk awak di syurgaNYa . Akak faham perasaan cinta itu adalah fitrah . Namun kita kena pandai mengurus perasaan tu .” Kak Zara cuba memujuk Dena.

“tapi akak ….saya tak kuat . Even kalau saya dengar ada orang sebut-sebut nama dia pun , hati saya rasa lain . macam mana ni kak ? Saya nak sangat dia keluar dari kamus hidup saya kak”
“Yang pegang hati kita tu Dia . Awak minta pada Dia untuk terus beri kekuatan pada awak . I.Allah Dena akak akan sentiasa support awak .”
“Yup . Dena kuat ! semangat !” Yana memberi semangat .
“Dena boleh !” serentak suara usrahmatenya bergema . Bersambung dengan hilai tawa mereka .

Suasana menjadi ceria semula .
Nur Diana Amani . Awak boleh . bisik Dena dalam hatinya .

***
Paper terakhir untuk Final Exam sem 3 , Paper  Fiqh Uqubat 2 telah selamat Dena duduki dengan tenang .  Dena keluar dengan senyum panjang lebar . Lega . Semenjak balik dari usrah hari tu Dena seakan-akan punya kekuatan baru . Dena semakin Berjaya melawan perasaanya . Dena masih friend dengan  Amir Hakim . Tapi , bukan close friend .  Tak ada masalah untuk membaca atau mendengar apa-apa tentang Amir Hakim . Everything okay .

“Dena , aku nak keluaq pi Giant sat . Hang nak kirim pape dak ?” Yana . roommate merangkap usrahmate .

“Hang kim salam kat Giant lah . Hang habaq kat dia aku rindu dia tapi takdak duit nak pi ziarah dia”
Sengaja Dena bercakap Loghat kedah . Menyakat Yana .

Bosan duduk sendirian dibilik . Shawl bercorak bunga biru dililit kemas di kepala , henfon , earfon, mp3, and the most important thing….Qur’an . Semua disumbat dalam handbag hitam , Angkat kunci kereta, jalan . Taman Tasik Awan Gebu . Favourite .

***
Tenang . Tak berapa ramai orang kat tasik hari ni . Hari Isnin kot . Siapa je nak pergi tasik . Adalah tiga empat pasang kapel ,Oh mungkin suami isteri yang bermanja-manja disitu . Dena saja nak pusing-pusing tasik dulu sebelum cari port untuk lepak .

Dup dap, Dup dap ..
Dari belakang Dena seolah-olah kenal dengan susuk tubuh insan yang sedang mengambil gambar permandangan di sekitar tasik . And yes ! Dena sangat kenal . He is Amir Hakim . Oh No , what’s going on ? Apa Yang Allah nak tunjuk ni? Fuh .

So , batalakan niat . Pusing balik menuju car park dan terus  drive ke rumah sewa semula .
Wake Up lah Diana Amani ! Kau pernah masuk hospital sebab kebodohan kau yang terlanjur mencintai dia sedangkan kau tau dia dah ada pilihan hati .And kau dah dapat kata-kata semangat dari murobbi and usrahmate kau kan ,so now . Janganlah cepat melatah . Please lah .

Berbicara sendiri bersulam tangis . Kereta Myvi hitam yang dipandunya kini menghampiri kekiri jalan , dan berhenti disitu.

***
Setelah semua nombor insan-insan terhampir dengannya gagal dihubungi . Sekarang Dena faham tentang  sesuatu yang Allah cuba tunjukkan . Kita selalu mengharap akan nada seseorang yang akan mendegar segalan curahan hati kita tatkala kita sedang suka mahupun duka . Namun , kita lupa yang manusia ini tidak sempurna . Mereka bukan setiap masa ada dengan kita . Yang setia bersama kita itu adalah Dia . See . Allah nak aku belajar meletakkan pergantungan pada Dia bukan pada hambaNya .
Second point is Allah nak aku faham makna mujahadah . Quite difficult , tapi jika kita ikhlas dan tabah , Allah dah sediakan sesuatu untuk kita . Last is , Allah nak aku tahu yang seharusnya aku terlanjur cinta dengan Dia bukan dengan dia .

Tangisan terhenti . Kekuatan dicari . Habis 30 minit Dena perah otak untuk merungkai cerita disebalik cerita . Nafas baru .Dena kini telah mengerti akan ibrah disebalik kisah terlanjur cintanya .

Signal ke kanan diberi , perlahan kereta Myvi itu menyusur keluar ke jalan raya . Tenang .

END .

-ukhty-
Ini tiada kerja . saja menulis . tak tahu sampai ke tak pointnya . tapi salah satu point nya adalah bila kita nak mujahadah sesuatu , mesti Allah akan uji sebab Allah nak tengok sejauh mana usaha kita tu . Dan jahiliyyah yang kita dah buang tu possible je boleh datang balik kalau kita tak jaga diri kita betul-betul . Kena ingat jugak doa dan support system tu penting . Selamat Bermujahadah ye semurang ! :)




Sunday, 23 March 2014

Saya Paling Macho




Oh . betulkan mindset anda . Ini bukan post untuk bercerita tentang siapa lelaki paling macho di asia tenggara . Tetapi ini post untuk bercerita tentang adik-adik riang yang baru sahaja mendapat keputusan SPM . Dan seperti biasa , saya juga manusia yang pernah melalui zaman itu . Dan normal la untuk kita terngiang-ngiang dengan result SPM tu selama 7 hari 7 malam . Bagi yang dapat A berdozen-dozen sampai tak muat slip spm nak letak A tu *hyperbola* , mula la merasakan bahawa usahanya yang tidak tidur malam , study sampai jari bengkak-bengkak , buat latihan sampai nombor-nombor di kalkulator tertanggal itu berbaloi .  Dan bagi yang mendapat kurang A kerana A telah habis diambil oleh kawan2 yang datang lebih awal pada hari result SPM diumumkan , mulalah rasa loser sangat . Strategi untuk terjun dari atas kerusi mula dirancang dengan rapi , gula-gula sugus mula ditelan sebanyak mungkin . Ouch ! rasa menyesal sebab suka tidur dalam kelas mula menyelubungi diri . Hidup seperti tiada ertinya . Ah , izinkan aku untuk membawa diri .



Ok , Ini propa !

Keep Calm and Move on !

Wahai adik-adik , yang kakanda cintai kerana Allah . SPM bukanlah segala-galanya . SPM bukanlah penamat bagi hidup kita , malah mungkin satu permulaan untuk kita ke satu dunia baru . Dunia untuk kita lebih melihat masyarakat . Mungkin disini , kita baru sedar akan betapa tenatnya ummah kita . SPM mungkin sebagai satu turning point untuk kita . Sama ada kita memilih untuk turn kepada Allah atau turn kepada jahiliyyah .

Mungkin saat ini , adik-adik semua sedang serabut perut untuk pilih universiti mana , kos apa . Tipsnya adalah pilih apa yang korang minat , bukan pilih apa yang kawan-kawan ambik . Dan bukan sebab benda tu glamour . eheh ? Sebabnya bila kita minat , insyaAllah kita boleh bawa go on dengan subjek tu . Ala , contoh macam korang minat addmath , mesti korang selalu buat latihan addmath kan ? Tu yang dapat A+++ kan ? Tapi kalau ade kesedaran yang sangat besar dan korang rasa korang mampu , maka ambillah kos yang korang rasa diperlukan ummah . Contoh :- rasa macam media sekarang dah terlalu jauh ke barat , maka korang ambillah kos yang berkaitan media untuk mengubahnya kembali mengikut apa yang islam nak . Eh , faham tak ?

Ouch ! comel sangat ni


Jadi , sebelum kalian hendak melangkahkan kaki ke alam universiti yang digembar gemburkan sangat best sebab tak payah pakai baju sekolah dah ! hoyeah ! Maka , seeloknya kalian menyiapkan jiwa dan mental sebaik mungkin takut nanti terculuture shock pulak . Siapkan diri sebaik mungkin . Pastikan kalian ada stand sendiri ( stand yang baik lah ) , Jangan terlalu diikut arus dunia sangat . Nanti mulalah dengar cerita yang sekolah agama pun tudung dah melayang , ikhtilat dah ke laut , pelajaran dah ke mana . Sebab rasa macam dah habis spm , so dah takyah setadi dengan betul-betul . Rasa hidup macam nak have fun , keluar malam makan aiskrim , tengok wayang segala bagai dan akhirnya besok terlajak subuh dan akhirnya tak ke kuliah .


Hadaf utama untuk masuk ke universiti nak menggembirakan mak ayah pun dah terlupa , Niat untuk membina ummah pun dah buang jauh . Ini yang korang kena jaga awal-awal . Cari kawan yang baik-baik . Biar orang kata kita kolot atau skema ke apa  , tapi as long as apa yang kita buat tu tak berlanggar dengan syariat so , teruskan je . Dan jangan lupa cari usrah . Ngeh3 .


Dan untuk meradarkan kembali para guru , kakitangan dan khususon untuk adik-adik , jangan lupa tasbih dan tahmid untuk segala kejayaan yang kalian perolehi . Moga dengan kejayaan itu , menjadikan kita makin dekat dengan Dia yang memberi kejayaan itu .

" Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan , dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah , maka bertasbihlah dan mohonlah ampunan kepadaNya , Sungguh Dia Maha penerima Taubat " ( An-Nasr : 1-3)


-ukhty-

Tahniah pada sekolah saya yang berjaya menaikkan Gps nya . ( betul ke sebut gps ke gpmp ke gprs ke tak tahulah ) . Moga dapat terus melahirkan pelajar-pelajar yang berjiwa rabbani .

Friday, 21 March 2014

Ana thiqoh pada entunna .



                             
Bulatan hari itu pada agak suram . Semua orang muka macam tertelan kelapa . eh ? Maka , sang murobbi pun bertanyalah kepada anak-anak binaanya .



" Entunna semua oke tak ni ? "

shiuh shiuh , krik krik .

Hanya kipas dan cengkerik yang menjawap soalan si murobbi . Ok . ini kesian ! Maka sang murobbi mencadangkan agar bulatan hari itu dimulakan dengan game .

"ha , game guna kertas nak ?"

"game yang cawan tu yang tak jadi haritu jom"

"apa hadaf untuk game ni?"  *eh ini siapa yang murobbi ni?*

Ha tudia . bila mula dengan game , semua orang pon mula melompat-lompat macam buaya . eheh .

Ok tapi bukan itu yang point utama pada post kali ni . Pointnya adalah apabila sesi TnT dijalankan .

Excuse me sir , TnT stand for Tom and Tim kah ?

Oh , bukan . TnT stand for Tilawah and Tadabbur . Maka pada bulatan kali ini inche murobbi yang ohsem pun mengajak anak binaanya yang hyperactive mengalahkan kanak-kanak ribena untuk membuka surah Al-anfal bermula dari ayat 53-69 .

Dan suasana yang macam pasar pagi tadi telah berubah kepada suasana yang lebih rabbani . Alquran mula dibuka , lafaz istighfar mula meniti dari bibir ke bibir .

Ayat dari surah Al-Anfal dibaca bergilir-gilir , kemudian ada yang membaca tafsir kepada setiap ayat dari surah tersebut . Semua fokus . Menghayati setiap bait kata-kata dari Yang Maha Esa .

Dipendekkan cerita , Fiya berkongsi perasaannya terhadap ayat yang ditadabbur hari ini .

"...Dialah yang memberi kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan dukungan orang-orang mukmin " ( 8 : 62 )

Dan sesi meluahkan perasaan bermula .

"Ana dah lalui bulatan demi bulatan , dan ana sukar untuk thiqoh dengan bulatan-mate ana . Tapi , untuk bulatan kali ini ana semakin thiqoh pada entunna . Bagi ana , salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah itu adalah dengan berqodhoya ( bercurhat : curahan hati ) dengan  ukhty-ukhty kita . Dan ana mulakan dengan meletakkan thiqoh itu pada entunna , bulatan-mate ana"

Fiya mula menceritakan kisah yang terpendam . Berat yang ditanggung sendiri selama ini diluahkan . Ringan lah jugak sikit jadinya walau tiada sebarang kata penyelesaian . Tapi sekurang-kurangnya dia dapat bercerita .

Ayat 62 surah Al-anfal itu menjadi titik tolak kepadanya untuk lebih yakin bahawa dalam setiap kesulitan yang dia hadapi , ada Allah akan memberikannya kekuatan padanya dan akan ada sokongan dan dorongan dari orang-orang mukmin yakni akhawatys nya . Dan dari situ juga dia tahu keperluan kepada menjadi support system kepada ukhty-ukhtynya yang lain .

***

Faham tak apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya melalui cerita pendek aku tu ? Ceritanya adalah bina thiqoh . Thiqoh itu perlu dibina . Bukan sekadar menunding jari pada orang lain . Dan apabila kita tahu ada yang sedang cuba membina thiqoh dengan kita , janganlah pulak kita nak runtuhkan kethiqohan dia . Kita cuba belajar menjadi yang terbaik . Kadang ukhty kita tu tak harap pun kita selesaikan masalah dia , dia cuma nak kita ada bersama dia dan memberi sokongan pada dia .


-ukhty-

Kalau dalam post dulu aku ada cakap yang kadang kadang kita perlu mujahadah untuk cerita mujahadah kita kat orang kan ? Tapi , aku cuma nak ingatkan yang sebenarnya kita kena letak due date untuk mujahadah kita tu . Sebabnya kalau tak , sampai matilah kita dengan mujahadah kita yang satu tu . Fasa dakwah itu akan berubah . Dari satu peringkat kesatu peringkat . So , diri kita pun perlu ada perubahan . Jangan terlalu selesa sangat dengan keadaan kita sekarang . Sampai satu fasa , pengorbanan yang besar harus kita lakukan . Dan sebelum 'fasa' itu tiba , cubalah sedaya mungkin perkara-perkara yang kecil agar nanti kita mampu untuk fokus kepada perkara yang lebih besar .

*sebenarnya aku kekeliruan identiti , apa kata ganti nama yang aku nak guna ? * kejap aku , kejap ana , abaikan je ye .