Oh . betulkan mindset anda . Ini bukan post untuk bercerita tentang siapa lelaki paling macho di asia tenggara . Tetapi ini post untuk bercerita tentang adik-adik riang yang baru sahaja mendapat keputusan SPM . Dan seperti biasa , saya juga manusia yang pernah melalui zaman itu . Dan normal la untuk kita terngiang-ngiang dengan result SPM tu selama 7 hari 7 malam . Bagi yang dapat A berdozen-dozen sampai tak muat slip spm nak letak A tu *hyperbola* , mula la merasakan bahawa usahanya yang tidak tidur malam , study sampai jari bengkak-bengkak , buat latihan sampai nombor-nombor di kalkulator tertanggal itu berbaloi . Dan bagi yang mendapat kurang A kerana A telah habis diambil oleh kawan2 yang datang lebih awal pada hari result SPM diumumkan , mulalah rasa loser sangat . Strategi untuk terjun dari atas kerusi mula dirancang dengan rapi , gula-gula sugus mula ditelan sebanyak mungkin . Ouch ! rasa menyesal sebab suka tidur dalam kelas mula menyelubungi diri . Hidup seperti tiada ertinya . Ah , izinkan aku untuk membawa diri .
Ok , Ini propa !
Keep Calm and Move on !
Wahai adik-adik , yang kakanda cintai kerana Allah . SPM bukanlah segala-galanya . SPM bukanlah penamat bagi hidup kita , malah mungkin satu permulaan untuk kita ke satu dunia baru . Dunia untuk kita lebih melihat masyarakat . Mungkin disini , kita baru sedar akan betapa tenatnya ummah kita . SPM mungkin sebagai satu turning point untuk kita . Sama ada kita memilih untuk turn kepada Allah atau turn kepada jahiliyyah .
Mungkin saat ini , adik-adik semua sedang serabut perut untuk pilih universiti mana , kos apa . Tipsnya adalah pilih apa yang korang minat , bukan pilih apa yang kawan-kawan ambik . Dan bukan sebab benda tu glamour . eheh ? Sebabnya bila kita minat , insyaAllah kita boleh bawa go on dengan subjek tu . Ala , contoh macam korang minat addmath , mesti korang selalu buat latihan addmath kan ? Tu yang dapat A+++ kan ? Tapi kalau ade kesedaran yang sangat besar dan korang rasa korang mampu , maka ambillah kos yang korang rasa diperlukan ummah . Contoh :- rasa macam media sekarang dah terlalu jauh ke barat , maka korang ambillah kos yang berkaitan media untuk mengubahnya kembali mengikut apa yang islam nak . Eh , faham tak ?
![]() | |
| Ouch ! comel sangat ni |
Jadi , sebelum kalian hendak melangkahkan kaki ke alam universiti yang digembar gemburkan sangat best sebab tak payah pakai baju sekolah dah ! hoyeah ! Maka , seeloknya kalian menyiapkan jiwa dan mental sebaik mungkin takut nanti terculuture shock pulak . Siapkan diri sebaik mungkin . Pastikan kalian ada stand sendiri ( stand yang baik lah ) , Jangan terlalu diikut arus dunia sangat . Nanti mulalah dengar cerita yang sekolah agama pun tudung dah melayang , ikhtilat dah ke laut , pelajaran dah ke mana . Sebab rasa macam dah habis spm , so dah takyah setadi dengan betul-betul . Rasa hidup macam nak have fun , keluar malam makan aiskrim , tengok wayang segala bagai dan akhirnya besok terlajak subuh dan akhirnya tak ke kuliah .
Hadaf utama untuk masuk ke universiti nak menggembirakan mak ayah pun dah terlupa , Niat untuk membina ummah pun dah buang jauh . Ini yang korang kena jaga awal-awal . Cari kawan yang baik-baik . Biar orang kata kita kolot atau skema ke apa , tapi as long as apa yang kita buat tu tak berlanggar dengan syariat so , teruskan je . Dan jangan lupa cari usrah . Ngeh3 .
Dan untuk meradarkan kembali para guru , kakitangan dan khususon untuk adik-adik , jangan lupa tasbih dan tahmid untuk segala kejayaan yang kalian perolehi . Moga dengan kejayaan itu , menjadikan kita makin dekat dengan Dia yang memberi kejayaan itu .
" Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan , dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah , maka bertasbihlah dan mohonlah ampunan kepadaNya , Sungguh Dia Maha penerima Taubat " ( An-Nasr : 1-3)
-ukhty-
Tahniah pada sekolah saya yang berjaya menaikkan Gps nya . ( betul ke sebut gps ke gpmp ke gprs ke tak tahulah ) . Moga dapat terus melahirkan pelajar-pelajar yang berjiwa rabbani .

No comments:
Post a Comment