"Wahai Orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung" (Al-Maidah:35)
Friday, 21 March 2014
Ana thiqoh pada entunna .
Bulatan hari itu pada agak suram . Semua orang muka macam tertelan kelapa . eh ? Maka , sang murobbi pun bertanyalah kepada anak-anak binaanya .
" Entunna semua oke tak ni ? "
shiuh shiuh , krik krik .
Hanya kipas dan cengkerik yang menjawap soalan si murobbi . Ok . ini kesian ! Maka sang murobbi mencadangkan agar bulatan hari itu dimulakan dengan game .
"ha , game guna kertas nak ?"
"game yang cawan tu yang tak jadi haritu jom"
"apa hadaf untuk game ni?" *eh ini siapa yang murobbi ni?*
Ha tudia . bila mula dengan game , semua orang pon mula melompat-lompat macam buaya . eheh .
Ok tapi bukan itu yang point utama pada post kali ni . Pointnya adalah apabila sesi TnT dijalankan .
Excuse me sir , TnT stand for Tom and Tim kah ?
Oh , bukan . TnT stand for Tilawah and Tadabbur . Maka pada bulatan kali ini inche murobbi yang ohsem pun mengajak anak binaanya yang hyperactive mengalahkan kanak-kanak ribena untuk membuka surah Al-anfal bermula dari ayat 53-69 .
Dan suasana yang macam pasar pagi tadi telah berubah kepada suasana yang lebih rabbani . Alquran mula dibuka , lafaz istighfar mula meniti dari bibir ke bibir .
Ayat dari surah Al-Anfal dibaca bergilir-gilir , kemudian ada yang membaca tafsir kepada setiap ayat dari surah tersebut . Semua fokus . Menghayati setiap bait kata-kata dari Yang Maha Esa .
Dipendekkan cerita , Fiya berkongsi perasaannya terhadap ayat yang ditadabbur hari ini .
"...Dialah yang memberi kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan dukungan orang-orang mukmin " ( 8 : 62 )
Dan sesi meluahkan perasaan bermula .
"Ana dah lalui bulatan demi bulatan , dan ana sukar untuk thiqoh dengan bulatan-mate ana . Tapi , untuk bulatan kali ini ana semakin thiqoh pada entunna . Bagi ana , salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah itu adalah dengan berqodhoya ( bercurhat : curahan hati ) dengan ukhty-ukhty kita . Dan ana mulakan dengan meletakkan thiqoh itu pada entunna , bulatan-mate ana"
Fiya mula menceritakan kisah yang terpendam . Berat yang ditanggung sendiri selama ini diluahkan . Ringan lah jugak sikit jadinya walau tiada sebarang kata penyelesaian . Tapi sekurang-kurangnya dia dapat bercerita .
Ayat 62 surah Al-anfal itu menjadi titik tolak kepadanya untuk lebih yakin bahawa dalam setiap kesulitan yang dia hadapi , ada Allah akan memberikannya kekuatan padanya dan akan ada sokongan dan dorongan dari orang-orang mukmin yakni akhawatys nya . Dan dari situ juga dia tahu keperluan kepada menjadi support system kepada ukhty-ukhtynya yang lain .
***
Faham tak apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya melalui cerita pendek aku tu ? Ceritanya adalah bina thiqoh . Thiqoh itu perlu dibina . Bukan sekadar menunding jari pada orang lain . Dan apabila kita tahu ada yang sedang cuba membina thiqoh dengan kita , janganlah pulak kita nak runtuhkan kethiqohan dia . Kita cuba belajar menjadi yang terbaik . Kadang ukhty kita tu tak harap pun kita selesaikan masalah dia , dia cuma nak kita ada bersama dia dan memberi sokongan pada dia .
-ukhty-
Kalau dalam post dulu aku ada cakap yang kadang kadang kita perlu mujahadah untuk cerita mujahadah kita kat orang kan ? Tapi , aku cuma nak ingatkan yang sebenarnya kita kena letak due date untuk mujahadah kita tu . Sebabnya kalau tak , sampai matilah kita dengan mujahadah kita yang satu tu . Fasa dakwah itu akan berubah . Dari satu peringkat kesatu peringkat . So , diri kita pun perlu ada perubahan . Jangan terlalu selesa sangat dengan keadaan kita sekarang . Sampai satu fasa , pengorbanan yang besar harus kita lakukan . Dan sebelum 'fasa' itu tiba , cubalah sedaya mungkin perkara-perkara yang kecil agar nanti kita mampu untuk fokus kepada perkara yang lebih besar .
*sebenarnya aku kekeliruan identiti , apa kata ganti nama yang aku nak guna ? * kejap aku , kejap ana , abaikan je ye .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment