"Wahai Orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung" (Al-Maidah:35)
Tuesday, 25 November 2014
Anugerah Terindah part I
" Akak , em , boleh tak saya nak pergi jumpa Mia sekejap ?" Zahra meminta keizinan dari murabbinya untuk berjumpa dengan sahabatya yang akan bertukar ke apartment akasia .
"Em , kalau kita pegi esok sama-sama nak ? Akak pun nak jumpa Mia jugak" pujuk murabbiya .
"Takut tak sempat esok "
"Em , ok , tapi pukul 4 nanti balik tau , kita liqo "
"Tengoklah kalau sempat"
"Ala ,baliklah " Suara Syifa merayu . Sebenarnya Syifa ada sesuatu untuk Zahra .
"InsyaAllah . Tapi tak janji " . Jawapan zahra mengecewakan Syifa . Kek telah siap ditempah , Idea 'prank' juga telah siap dirancang . Bagaimana sekarang ? takkan nak simpan kek sampai esok ?
***
" Salam alaik , kak Akmal , mintak maaf , nak cancel liqo hari ni , Zahra tiba-tiba ada urusan . So takkan kita nak liqo berdua kan ? Sebabnya kita pun sebenarnya nak celebrate besday dia " Dengan rasa serba salah yang menggunung tinggi , Syifa menghantar whatsapp kepada mutarabbinya .
"Oh , ye ke ? ha , takpe jelah , akak baru ingat nak tidur rumah awak malam ni " Whatsapp dari kak Akmal menambahkan rasa kekesalan pada Syifa . Manakan tidak , Kak Akmal pernah mengaku yang dia memang kurang gemar untuk tidur dirumah orang lain menyebabkan dia sukar untuk datang ke program-program tarbiyah yang menuntutnya untuk bermalam di tempat program , jadi bila kak Akmal menyatakan hasratnya untuk tidur dirumah Syifa malam itu , ia umpama satu anugerah terindah .
" Alamak , akak ! Sori . Esok ye kita liqo . Akak tidur sini . :) "
" Okey , insyaAllah :D" Ah . Jawapan ringkas kak Akmal cukup membuat hati Syifa yang tadinya sedikit kecewa kembali berbunga . Namun saat terlihat kek harilahir yang telah siap ditempah didepan mata , perasaan Syifa berubah semula .
Ya , Mutarabbi syifa cuma Zahra dan Kak Akmal . Bilangan yang kurang ideal . Mutarabbinya yang lain memilih untuk tidak bersama lagi , atas beberapa alasan . Syifa faham , beginilah sunnatullah dijalan dakwah , akan ada yang menyahut seruan kita dan akan ada yang menolak bahkan akan ada jua yang menentang .
***
Jam menunjukkan 7.30 malam . Zahra yang keluar seawal jam 3 petang tadi masih tidak pulang lagi kerumah . Syifa memilih untuk tidur awal malam itu . Sengaja . Katanya hendak merawat luka . Dia cuma memesan kepada ahli baytnya untuk menyambut hari lahir Zahra dengan kek yang telah ditempah.
Kekecewaan menguasai diri . Syifa sebenarnya sedang bermujahadah untuk menyayangi mutarabi-mutarabbinya dengan setulus hati . Namun , bila berdepan dengan masalah sebegini , Syifa berputus asa , malah Syifa juga telah memutuskan untuk memberitahu murabbinya bahawa dia sudah tidak mahu lagi membawa liqo . Cukuplah . Syifa akui dia bukanlah murabbi yang hebat , dia gemar berjenaka , tsaqofahnya juga tidaklah sehebat ukhti-ukhti yang lain . Syifa sedang dalam fatrah mujahadah . Tapi , entah kenapa , kali ini dia seolah-olah dilanda kefuturan . Mungkin kerana dia pernah terlalu menyayangi Zahra suatu ketika dahulu .
"Zahra , selamat hari lahir . Maaf akak tak jadi mutarabbi yang baik buat awak " Bisik Syifa dalam hatinya saat dia mendengar ahli rumahnya sedang menyambut hari lahir Zahra . Walaupun awalnya berniat untuk tidur awal , tapi dia tidak mampu memejamkan mata . Hanya menyorokkan diri dibalik selimut . Bukan tidak mahu keluar meraikan bersama , cuma takut keadaan hatinya yang tidak saleem terzahir pada riak wajahnya .
Malam itu tidurnya bertemankan air mata . Perasaan bercampur baur . Kefuturan . Ya . Itu istilah terbaik .
***
"Salam alaik , Najihah . nak minta tolong enti bawakkan liqo ana besok lepas magrib di RI Intifada" - mesej dihantar .
"Waalaikummusalam , i.Allah . " Tak sampai seminit , Najihah sudah membalas mesejnya
"Jazakillah kheir Najihah "
" Enti , jangan lama-lama ye " Najihah seolah memahami .
Mesej tidak dibalas . Hakikatnya , Syifa' telah berhajat untuk menyerahkan kedua-dua orang mutarabbinya kepada Najihah . Kali ini nekad .
Kerana masih ada cebisan-cebisan iman dalam diri , disepertiga malam yang dingin itu Syifa bangun menghadap Tuhannya . Pagi itu Syahdu . Dunia ibarat hanya ada Syifa dan Rabbnya .
"Ya , Allah , aku memohon keampunan dariMu kerana tidak mampu menjaga anugerah yang telah kau hadiahkan dengan sebaik mungkin . aku tidak mampu menjadi murabbi yang berjiwa rabbani , ya Allah aku pohon keterikatan hati diantara aku dan mutarabbiku Syaidatul Akmal , dan Zahra Afiqah . Aku pohon diberikan kekuatan , kecintaan dan keikhlasan untuk terus tsabat dijalan dakwah dan tarbiyah ini , Ya Allah , bantu aku untuk bawa mereka kesyurgaMu "
Sungguh . Kadang kita terlupa ada satu kuasa yang memegang kita . Ada satu kuasa yang mampu mmegubah segalanya-galanya . Terutama buat para daie , sekencang mana pun dakwah yang kita lakukan , jangan pernah sekali kita lupa untuk meminta bantuan dariNya . Senjata kita , ada pada doa.
***
"Kak syifa , kita nak liqo bila ye ?" Tiba-tiba Zahra bertanya sewaktu mereka sedang sarapan bersama .
Ya rabb , pantasnya Kau jawap doaku . Syukur .
Monday, 10 November 2014
Bagaimana mahu mencintai mutarabbi ?
"Akak , akak sayang ke mutarabbi akak ?"
"Hisyh awak ni , mestilah . "
"baguslah akk ni . hmmm"
"eh , awak tak sayang ke mutarabbi awak ?"
"tak ."
"eh. takutnya awak ni ."
"macam mana nak mencintai mutarabbi ?"
"dengan keikhlasan...dan doalah Allah bantu tambahkan rasa cinta tu "
"hmm.."
"i did the same to my first mutarabbi , dan paling penting jangan harap dia cintakan kita balik , kita cuma harap Allah mencintai kita semula atas kecintaan kita kepada makhluknya"
"jazakillah kheir akak . saya cuba"
"yang paling penting , fokus pada ketaatan dan redha Allah , nescaya kau akan menemukan keindahan diats jalan ini , insyaAllah"
"hmm . eh , tetiba dtg perasaan perasaan mcm 'eh, aku sayang ke mutarabbi aku'?"
"Akak sayang "
-UkhtyLasak-
Kita ada pelbagai sebab mengapa kita menjadi murabbi . Tapi apa yang penting dalam setiap amal kita adalah ikhlas kerana Allah . Pada anda yang masih belum mampu mencintai mutarabbi anda , aku harap ini sedikit membantu . Ini hasil aku berqodhoya dengan akhawatys yang aku kagumi dijalan dakwah dan tarbiyah ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)