Tuesday, 25 November 2014

Anugerah Terindah part I


" Akak , em , boleh tak saya nak pergi jumpa Mia sekejap ?" Zahra meminta keizinan dari murabbinya untuk berjumpa dengan sahabatya yang akan bertukar ke apartment akasia .

"Em , kalau kita pegi esok sama-sama nak ? Akak pun nak jumpa Mia jugak" pujuk murabbiya .

"Takut tak sempat esok "

"Em , ok , tapi pukul 4 nanti balik tau , kita liqo "

"Tengoklah kalau sempat"

"Ala ,baliklah " Suara Syifa merayu . Sebenarnya Syifa ada sesuatu untuk Zahra .

"InsyaAllah . Tapi tak janji " . Jawapan zahra mengecewakan Syifa . Kek telah siap ditempah , Idea 'prank' juga telah siap dirancang . Bagaimana sekarang ? takkan nak simpan kek sampai esok ?

***

" Salam alaik , kak Akmal , mintak maaf , nak cancel liqo hari ni , Zahra tiba-tiba ada urusan . So takkan kita nak liqo berdua kan ? Sebabnya kita pun sebenarnya nak celebrate besday dia " Dengan rasa serba salah yang menggunung tinggi , Syifa menghantar whatsapp kepada mutarabbinya .

"Oh , ye ke ? ha , takpe jelah , akak baru ingat nak tidur rumah awak malam ni " Whatsapp dari kak Akmal menambahkan rasa kekesalan pada Syifa . Manakan tidak , Kak Akmal pernah mengaku yang dia memang kurang gemar untuk tidur dirumah orang lain menyebabkan dia sukar untuk datang ke program-program tarbiyah yang menuntutnya untuk bermalam di tempat program , jadi bila kak Akmal menyatakan hasratnya untuk tidur dirumah Syifa malam itu , ia umpama satu anugerah terindah .

" Alamak , akak  ! Sori . Esok ye kita liqo . Akak tidur sini . :) "

" Okey , insyaAllah :D" Ah . Jawapan ringkas kak Akmal cukup membuat hati Syifa yang tadinya sedikit kecewa kembali berbunga . Namun saat terlihat kek harilahir yang telah siap ditempah didepan mata , perasaan Syifa berubah semula .

Ya , Mutarabbi syifa cuma Zahra dan Kak Akmal . Bilangan yang kurang ideal . Mutarabbinya yang lain memilih untuk tidak bersama lagi , atas beberapa alasan . Syifa faham , beginilah sunnatullah dijalan dakwah , akan ada yang menyahut seruan kita dan akan ada yang menolak bahkan akan ada jua yang menentang .

***

Jam menunjukkan 7.30 malam . Zahra yang keluar seawal jam 3 petang tadi masih tidak pulang lagi kerumah . Syifa memilih untuk tidur awal malam itu . Sengaja . Katanya hendak merawat luka . Dia cuma memesan kepada ahli baytnya untuk menyambut hari lahir Zahra dengan kek yang telah ditempah.

Kekecewaan menguasai diri . Syifa sebenarnya sedang bermujahadah untuk menyayangi mutarabi-mutarabbinya dengan setulus hati . Namun , bila berdepan dengan masalah sebegini , Syifa berputus asa , malah Syifa juga telah memutuskan untuk memberitahu murabbinya bahawa dia sudah tidak mahu lagi membawa liqo . Cukuplah . Syifa akui dia bukanlah murabbi yang hebat , dia gemar berjenaka , tsaqofahnya juga tidaklah sehebat ukhti-ukhti yang lain . Syifa sedang dalam fatrah mujahadah . Tapi , entah kenapa , kali ini dia seolah-olah dilanda kefuturan . Mungkin kerana dia pernah terlalu menyayangi Zahra suatu ketika dahulu .


"Zahra , selamat hari lahir . Maaf akak tak jadi mutarabbi yang baik buat awak " Bisik Syifa dalam hatinya saat dia mendengar ahli rumahnya sedang menyambut hari lahir Zahra . Walaupun awalnya berniat untuk tidur awal , tapi dia tidak mampu memejamkan mata . Hanya menyorokkan diri dibalik selimut . Bukan tidak mahu keluar meraikan bersama , cuma takut keadaan hatinya yang tidak saleem terzahir pada riak wajahnya .


Malam itu tidurnya bertemankan air mata . Perasaan bercampur baur . Kefuturan . Ya . Itu istilah terbaik .

***

"Salam alaik , Najihah . nak minta tolong enti bawakkan liqo ana besok lepas magrib di RI Intifada" - mesej dihantar .

"Waalaikummusalam , i.Allah . " Tak sampai seminit , Najihah sudah membalas mesejnya

"Jazakillah kheir Najihah "

" Enti , jangan lama-lama ye " Najihah seolah memahami .

Mesej tidak dibalas . Hakikatnya , Syifa' telah berhajat untuk menyerahkan kedua-dua orang mutarabbinya kepada Najihah . Kali ini nekad .

Kerana masih ada cebisan-cebisan iman dalam diri , disepertiga malam yang dingin itu Syifa bangun menghadap Tuhannya . Pagi itu Syahdu . Dunia ibarat hanya ada Syifa dan Rabbnya .

"Ya , Allah , aku memohon keampunan dariMu kerana tidak mampu menjaga anugerah yang telah kau hadiahkan dengan sebaik mungkin . aku tidak mampu menjadi murabbi yang berjiwa rabbani , ya Allah aku pohon keterikatan hati diantara aku dan mutarabbiku Syaidatul Akmal , dan Zahra Afiqah . Aku pohon diberikan kekuatan , kecintaan dan keikhlasan untuk terus tsabat dijalan dakwah dan tarbiyah ini , Ya Allah , bantu aku untuk bawa mereka kesyurgaMu "

Sungguh . Kadang kita terlupa ada satu kuasa yang memegang kita . Ada satu kuasa yang mampu mmegubah segalanya-galanya . Terutama buat para daie , sekencang mana pun dakwah yang kita lakukan , jangan pernah sekali kita lupa untuk meminta bantuan dariNya . Senjata kita , ada pada doa.

***

"Kak syifa , kita nak liqo bila ye ?" Tiba-tiba Zahra bertanya sewaktu mereka sedang sarapan bersama .

Ya rabb , pantasnya Kau jawap doaku . Syukur .




No comments:

Post a Comment