"Lalu Nuh mengadu : Wahai Tuhanku , Aku telah menyeru kaumku siang dan malam . Tetapi seruanku itu tidak menambahkan mereka suatu apa melainkan mereka semakin lari . Dan sesunggunya aku setiap kali menyeru mereka kepada keimanan supaya Engkau ampunkan dosa mereka , mereka sumbatkan jari ke dalam telinga dan menutupkan muka dengan baju mereka dan mereka terus berdegil dan menunjukkan sikap yang amat sombong "
"Nabi Nuh a.s meneruskan perjuangannya yang luhur , ikhlas dan mulia untuk menyampaikan hidayah Allah kepada kaummnya tanpa sebarang kepentingan dan faedah peribadi . Demi mencapaikan matlamat ini , beliau telah menerima tentangan-tentangan dan penghinaan selama 950 tahun sedangkan bilangan mereka yang menyahut dakwahnya hampir-hampir tidak bertambah dan darjah tentangan dan kedegilan mereka untuk mengikut jalan yang sesat semakin meningkat tinggi .Pada akhirnya Nuh kembali mengemukakan laporannya kepada Allah yang telah menyerahkan tugas yang luhur ini kepadanya "
Ada tompokan-tompokan air mata pada Tafsir Fi Zilal Quran karangan Syed Qutb itu .
Nabi nuh bertahan dengan dakwahnya selama 950 tahun kot . Engkau tak sampai 95 bulan dah nak give up . Dah cukup cantik ke isi laporan untuk kau bentangkan dekat Allah nanti ? Nabi Nuh dakwah siang dan malam , engkau ? bila nak liqo baru nak dakwah ? kaum nabi Nuh sampai larikan diri dari dia , engkau ? ada mutarabbi lari sampai taknak jumpa langsung ? Tolonglah syifa . harapan masih ada , jangan mati sebelum mati .
Syifa bermonolog . Sungguh , Jika diteliti satu persatu pentafsiran ayat dari surah Nuh itu , ia akan menjadi motivasi buat para daie . Jangan pernah berputus asa .
Handphone segera dicapai . " Entunna , kita liqo hari selasa boleh ?" mesej dihantar ke group liqo .
"okey , i.Allah :D " Serentak kedua-dua mutarabbinya membalas . Ah , berbunga hati Syifa . Alhamdulillah .
***
"Tema yang diletakkan oleh Amru Khalid dalam bukunya Khowatir Quraniyah tentang surah Az-Zumar adalah kayu ukur keikhlasan...."
Sengaja syifa memilih surah ini untuk ditilawah dan ditadabburkan bersama mutarabbinya .
"Katakanlah : sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah Allah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama . Dan aku diperintahkan agar menjadi orang pertama berserah diri kepada Allah." (Az-Zumar 11-12)

Ayat-ayat ini mengegerkan jiwa Syifa sendiri . Termuhasabah sebentar . Sejauh mana dia benar-benar ikhlas dalam membawa bulatan gembira ini ? sejauh mana dia benar-benar ikhlas dalam melakukan kerja-kerja dakwah ?Sejauh mana dia benar-benar ikhlas dalam menjalankan ibadah kepadaNya ?
"Manusia yang baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain " sedikit perkongsian dari Zahra menambahkan lagi getaran hati syifa
"Kalau tak disebabkan hidayah Allah , akak tak akan berada kat sini " kak Akmal menambah .
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar . Liqo hari ini benar-benar terasa hidup . Mendegar setiap cerita dari mutarabbinya membuatkan semangat syifa semakin membara .
" Okey , so minggu ni kita nak mujahadah apa ?"
" Quran 3 juzuk ! " pantas kak Akmal menjawap
"Ha , menarik , saya pun memang tengah mujahadah untuk bacaan quran " Syifa menyokong cadangan kak Akmal . Syifa memang begini orangnya . Pada syifa' , dalam menjadi murabbi kita tak perlu berlagak seperti malaikat . jadi sahaja diri sendiri . akui sahaja kelemahan diri . Cuma , usaha untuk mengislah diri itu harus lebih tinggi .
" Selawat paling kurang 20 kali sehari " Tambah Zahra .

" MasyAllah menarik ." Syifa meraikan .
Entah kenapa , setiap ayat yang keluar dari mutarabbinya hari ini umpama hujan yang turun selepas kemarau panjang . Bunga dalam hatinya kembang mekar . Ah , kalian anugerah terindah !
Dalam hati Syifa berbicara " Syifa , engkau jangan mudah putus asa . tengok ,rahmat Allah sentiasa ada . bagaimana engkau mendapat tarbiyah secukupnya dari murabbi engkau , seharusnya begitu jugalah yang kau beri kepada mereka . " Ada semangat yang sedang dibakar .

-UkhtyLasak-
Buat kalian mutarabbi tercinta , kalian adalah anugerah terindah yang Allah hadiahkan buat saya . Kalian adalah saham-saham akhirat buat saya .Jazakunnalahu khairan kathiran untuk setiap detik bersama . Kita saling mengislah bukan ?
Ewah , ini gaya macam dah nak kena pindah pulak . Btw , kita takkan selamanya diatas dan takkan selamanya dibawah. Maka , hargailah setiap perasaan yang hadir . Mungkin saja sesudah hujan turun akan ada pelangi yang mewarnai .

No comments:
Post a Comment