Friday, 26 December 2014

Murabbi ( PART 2 )



Kerana dia hanya seorang murabbi ,

maka ada batas dia tidak mampu mengetahui ,

sehingga sering saja gagal memahami ,

mungkinkah sang mutarabbi bisa memaafkan ?

Kerana dia hanya seorang murabbi ,

berjiwa insan bersifat manusiawi ,

maka janganlah harapkan kesempurnaan ,

tapi salinglah menyempurnakan ,

dan cintailah sebuah ketaatan ,

jauhilah sebuah kedukaan .

Kerana dia hanya seorang murabbi ,

meski terlalu banyak kelemahan ,

namun tetap dia yang Allah hantarkan ,

buat menyinari hidup ,

mencorakkan akhlak ,

dan membina iman dan taqwa .

Sekurang-kurangnya kita msih berpeluang memiliki dia ,

saat duka tempat meluahkan

saat gembira tempat meraikan ,

namun ternyata kepuasan tidak pernah akan ada .

Kerana dia hanya seorang murabbi ,

yang akhirnya ingin menuntut langkah kita kepada ilahi .


***

Puisi ini ditulis oleh ukhty Aliyah binti Ahmad Bahari .

No comments:

Post a Comment