Saturday, 25 October 2014

Nikmat yang melimpah ruah .



photo from google
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih 

1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai Muhammad ) nikmat yang banyak

2) Maka laksanakanlah salat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah ( sebagai ibadah dan mendekat diri kepada Allah )

3) Sungguh , orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah )


Surah yang mengandungi ayat yang paling pendek didalam al-quran .Mengandungi 3 ayat sahaja dan diturunkan di mekah .

Insyaallah untuk kali ini ingin berkongsikan sedikit tentang pentafsiran surah yang pendek ini . Sumber rujukan utama adalah Tafsir Fi Zilal Quran yang dikarang oleh Syed Qutb , dan dari talk ustaz Nouman Ali Khan .

Surah ini merupakan satu gambaran dari kehidupan dakwah dan kehidupan pendakwah di zaman permulaan islam di Mekah . Asbab nuzul surah ini dalah ketika Rasulullah s.a.w kematian semua anak lelakinya dan Baginda telah dikutuk oleh kaum Musyrikin . Pada ketika ini , rasulullah sangat sedih kerana kematian anaknya , dikutuk kaum musyrikin dan ketiadaan pewaris yang akan menyambung tugas dakwah baginda .

Maka turunlah surah ini dimana Allah memujuk kekasihNya dengan mengatakan  nikmat yang baginda dapat selama ini sangat banyak . Lafaz al-kauthar itu ditafsirkan oleh sebahagian ulama sebagai sungai syurga , telaga nabi di mahsyar , dan syed qitb mentafsirkannya sebagai  nikmat yang melimpah ruah .

Maka didalahm fi zilal quran , syed qutb telah menyenaraikan beberapa nikmat yang telah diperolehi oleh rasulullah s.a.w , antaranya nikmat nubuwwah , nikmat al-malaul a'la , nikmat as-sunnah , nikmat alquran dll .

Nikmat Al-quran yang merupakan satu nikmat yang melimpah ruah dan tidak berkesudahan . Ianya merupakan mukjizat yang agung . Jika kita lihat pada nabi-nabi sebelum ini , nabi Musa , Isa , Salleh semuanya ada miracle . Tapi miracle itu hanya untuk orang yang melihatnya , selepas-selepas itu hanya menjadi sebagai satu cerita , tetapi Al-quran , hingga ke hari ini kita terus menyaksikan keajaiban dan kemukjizatannya . Subhanallah , Inilah yang dikupaskan oleh Ustaz Nouman Ali Khan .

Terus berada di bawah bayang alquran pentafsiran surah al-kauthar , ayat kedua  Allah mengajar kekasihNya untuk menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dengan mendirikan solat dan berkorban ikhlas kerana Allah , Kesyumulan islam dapat dilihat apabila Allah menyuruh menyembelih dengan menyebut namaNya , ini menunjukkan perhatian agama islam dalam usaha membersihkan seluruh kehidupan dari kesan-kesan syirik .


Dan penutup surah ini mengatakan bahawa orang-orang yang mengutuk rasulullah itulah yang terpotong dari segala kebaikan . Janji Allah itu pasti , sebutan nama mereka terputus , sedang nama Nabi Muhammad s.a.w terus disebut dan disanjung tinggi .

Keimanan , kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus . Dakwah kepada allah tidak akan pernah terputus .

Surah ini sangat memberi kekuatan pada para pendakwah sekalian . Bila ada suara yang mengatakan dakwah ini akan terhenti , maka yakinilah bahawa Allah menjaga dakwah ini . Dan buat para murabbi / naqibah , harus kita ingat bahawa kejayaan dakwah kita ini tidak boleh diwarisi dengan darah , so , bersyukur atas nikmat kehadiran mutarabbi kita .

Wallahualam .

-UkhtyLasak-

Syukurlah atas segala nikmat yang kita terima hingga hari ini . Nikmat terpilih bersama gerabak dakwah dan tarbiyah , nikmat mempunya murabbi , memiliki mutarabbi , nikmat akhawat yang selalu ada . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Moga terus tsabat

Saturday, 4 October 2014

Book Review ( Sinergi )

credit google
Tajuk : Sinergi
Penulis : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu
Cetakan pertama ; 2010


Ok , ini dah tiba-tiba nak buat book review ni kenapa ? em . kerana , kerana , kerana aku hamba Tuhan . Eheh ? Em , sebab aku rasa macam mungkin ada orang yang tak mampu nak beli buku tu tapi teringin nak tau ceritanya tentang apa , atau mungkin ada orang yang macam nak survey dulu adakah perlu atau tidak untuk memiliki buku tu  . mungkin lah . mungkin . Sebab lain adalah memang saja la aku nak menulis berkongsi ibrah dari buku yang aku baca . Takde masalah kan ? okeyy  , panjang bebel sini .

Kembali pada tajuk . Ya , buku ni memang dah lama dikeluarkan , cetakan pertama 2010 . sekarang dah hujung tahun 2014 . memang kira orang boleh kata aku ni ketinggalan zaman . booo . balik batu kat ukhty lasak . boo . erk ? Actually aku dah baca buku ni waktu 2010 lagi , cuma time tu takde blog , so takdelah nak buat benda alah ni , and kebetulan ni , housemate bawak balik buku , so baca la untuk ke sekian kali nya . tengok . bebel lagi .=.='

Secara jujurnya aku memang meminati penulisan akh hilal asyraf ni sebab aku rasa penulisan dia sangat menarik, lepastu bila part climax memang tak boleh nak stop baca la lepastu......ha , da la . stop bebel.

Jadi , buku ini mengisahkan persahabatan diantara irfan dan asid yang belajar di universiti yarmouk ,Jordan . Dan keakraban mereka ni sampai orang boleh cop gay la .Hakikatnya mereka bukan gay pun , mereka cuma berukhwah kerana Allah , berukhwah atas dasar keimanan . Tapi dalam masa yang sama , mereka bukanlah asyik berdua je , malah mereka sangat menyantuni kawan-kawan yang . Cerita nampak macam lebih berfokus pada irfan , betapa dia seorang yang sangat disanjungi ramai kerana akhlaknya, selalu bersangka-baik , pengemas dan segala sifat-sifat baik lah ada pada dia .

So, dipendekkan cerita ( sebab aku bukan nak taip satu novel tu kat sini kan ?) , kehadiran disaster five telah menggegarkan seluruh ahli PERMAI ( nama persatuan pelajar malaysia di Irbid) , mereka tak habis-habis nak melakukan kerosakan , buat huru hara dan segala kacau bilau . Jadi semua orang pun macam hot la dekat disaster five ni kecuali irfan dan asid . Irfan sangat cuba untuk mmeberi kefahaman kepada ahli PERMAI bahawa orang-orang seperti disaster five ini perlu dirapati bukan dikeji .

And lepastu , panjanglah ceritanya tentant konflik-konflik antara disaster five dengan ahli PERMAI , lepastu dengan ade yang salah faham bahawa Irfan bertunang dengan orang yang asid cintai , tapi asid sangat mujahadah la untuk menjaga persahabatan mereka . takkan sebab seorang perempuan nak perang kot kan ? selalu jugaklah dua sahabat gaduh sebab seorang perempuan/lelaki tapi kerena persahabatan mereka ini didasari kemimanan , so takdelah nak bergaduh .

Dan berakhir dengan disaster five tu jadi baik , Macam-macam usaha yang dilakukan irfan untuk menyantuni disasterfive ni lepastu Irfan dan asid masih bersahabat malah isteri mereka adalah adik beradik rupanya . Pendek betul kan ni ? nak tahu panjang belilah novel . eheh .

So , lepas aku baca buku ni , aku macam , over ah Hilal Asyraf ni . Mana lah ade wujud orang macam Irfan ni , mungkin ada , cuma aku tak pernah jumpa ke ? But then , aku rasa why not aku yang menjadi Irfan tu ? Kenapa harus nak tunggu seseorang seperti Irfan ?

Bila berbicara tentang ukhwah , mungkin macam-macam analogi orang  buat . Ada orang kata ukhwah macam gula-gula la sebab manis , aku pulak macam nak cakap ukhwah ni macam account , boleh jadi debit boleh jadi kredit . boleh jadi untung boleh jadi rugi . Boleh terima ke ? tak boleh ? abaikan je .

"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan , maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa "-hilal asyraf

Murabbi selalu cakap , kalau kita ada masalah ukhwah , kita cek iman kita . kalau iman kita settle , hubungan kita dengan manusia mesti Allah jaga . Tapi aku taknalah bahas panjang tentang pesanan ringkas tapi padat dari murabbi osem ni , cumanya nak ajak sama-sama untuk kita selalu merefresh iman , mungkin kita tak mampu , tapi kita boleh cuba kan untuk mendasari sesuatu tu dengan iman ?

Wallahu alam . Mabruk akh Hilal Asyraf . Novel yang sangat menghidupkan jiwa !

-UkhtyLasak-

Aku juga masih dalam perjalanan membaiki kekurangan-kekurangan dalam berukhwah lantaran ketidakcantiknya iman dalam diri .