Saturday, 25 October 2014

Nikmat yang melimpah ruah .



photo from google
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih 

1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai Muhammad ) nikmat yang banyak

2) Maka laksanakanlah salat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah ( sebagai ibadah dan mendekat diri kepada Allah )

3) Sungguh , orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah )


Surah yang mengandungi ayat yang paling pendek didalam al-quran .Mengandungi 3 ayat sahaja dan diturunkan di mekah .

Insyaallah untuk kali ini ingin berkongsikan sedikit tentang pentafsiran surah yang pendek ini . Sumber rujukan utama adalah Tafsir Fi Zilal Quran yang dikarang oleh Syed Qutb , dan dari talk ustaz Nouman Ali Khan .

Surah ini merupakan satu gambaran dari kehidupan dakwah dan kehidupan pendakwah di zaman permulaan islam di Mekah . Asbab nuzul surah ini dalah ketika Rasulullah s.a.w kematian semua anak lelakinya dan Baginda telah dikutuk oleh kaum Musyrikin . Pada ketika ini , rasulullah sangat sedih kerana kematian anaknya , dikutuk kaum musyrikin dan ketiadaan pewaris yang akan menyambung tugas dakwah baginda .

Maka turunlah surah ini dimana Allah memujuk kekasihNya dengan mengatakan  nikmat yang baginda dapat selama ini sangat banyak . Lafaz al-kauthar itu ditafsirkan oleh sebahagian ulama sebagai sungai syurga , telaga nabi di mahsyar , dan syed qitb mentafsirkannya sebagai  nikmat yang melimpah ruah .

Maka didalahm fi zilal quran , syed qutb telah menyenaraikan beberapa nikmat yang telah diperolehi oleh rasulullah s.a.w , antaranya nikmat nubuwwah , nikmat al-malaul a'la , nikmat as-sunnah , nikmat alquran dll .

Nikmat Al-quran yang merupakan satu nikmat yang melimpah ruah dan tidak berkesudahan . Ianya merupakan mukjizat yang agung . Jika kita lihat pada nabi-nabi sebelum ini , nabi Musa , Isa , Salleh semuanya ada miracle . Tapi miracle itu hanya untuk orang yang melihatnya , selepas-selepas itu hanya menjadi sebagai satu cerita , tetapi Al-quran , hingga ke hari ini kita terus menyaksikan keajaiban dan kemukjizatannya . Subhanallah , Inilah yang dikupaskan oleh Ustaz Nouman Ali Khan .

Terus berada di bawah bayang alquran pentafsiran surah al-kauthar , ayat kedua  Allah mengajar kekasihNya untuk menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dengan mendirikan solat dan berkorban ikhlas kerana Allah , Kesyumulan islam dapat dilihat apabila Allah menyuruh menyembelih dengan menyebut namaNya , ini menunjukkan perhatian agama islam dalam usaha membersihkan seluruh kehidupan dari kesan-kesan syirik .


Dan penutup surah ini mengatakan bahawa orang-orang yang mengutuk rasulullah itulah yang terpotong dari segala kebaikan . Janji Allah itu pasti , sebutan nama mereka terputus , sedang nama Nabi Muhammad s.a.w terus disebut dan disanjung tinggi .

Keimanan , kebenaran dan kebajikan tidak mungkin terputus . Dakwah kepada allah tidak akan pernah terputus .

Surah ini sangat memberi kekuatan pada para pendakwah sekalian . Bila ada suara yang mengatakan dakwah ini akan terhenti , maka yakinilah bahawa Allah menjaga dakwah ini . Dan buat para murabbi / naqibah , harus kita ingat bahawa kejayaan dakwah kita ini tidak boleh diwarisi dengan darah , so , bersyukur atas nikmat kehadiran mutarabbi kita .

Wallahualam .

-UkhtyLasak-

Syukurlah atas segala nikmat yang kita terima hingga hari ini . Nikmat terpilih bersama gerabak dakwah dan tarbiyah , nikmat mempunya murabbi , memiliki mutarabbi , nikmat akhawat yang selalu ada . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah . Moga terus tsabat

No comments:

Post a Comment