![]() |
| credit google |
Penulis : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu
Cetakan pertama ; 2010
Ok , ini dah tiba-tiba nak buat book review ni kenapa ? em . kerana , kerana , kerana aku hamba Tuhan . Eheh ? Em , sebab aku rasa macam mungkin ada orang yang tak mampu nak beli buku tu tapi teringin nak tau ceritanya tentang apa , atau mungkin ada orang yang macam nak survey dulu adakah perlu atau tidak untuk memiliki buku tu . mungkin lah . mungkin . Sebab lain adalah memang saja la aku nak menulis berkongsi ibrah dari buku yang aku baca . Takde masalah kan ? okeyy , panjang bebel sini .
Kembali pada tajuk . Ya , buku ni memang dah lama dikeluarkan , cetakan pertama 2010 . sekarang dah hujung tahun 2014 . memang kira orang boleh kata aku ni ketinggalan zaman . booo . balik batu kat ukhty lasak . boo . erk ? Actually aku dah baca buku ni waktu 2010 lagi , cuma time tu takde blog , so takdelah nak buat benda alah ni , and kebetulan ni , housemate bawak balik buku , so baca la untuk ke sekian kali nya . tengok . bebel lagi .=.='
Secara jujurnya aku memang meminati penulisan akh hilal asyraf ni sebab aku rasa penulisan dia sangat menarik, lepastu bila part climax memang tak boleh nak stop baca la lepastu......ha , da la . stop bebel.
Jadi , buku ini mengisahkan persahabatan diantara irfan dan asid yang belajar di universiti yarmouk ,Jordan . Dan keakraban mereka ni sampai orang boleh cop gay la .Hakikatnya mereka bukan gay pun , mereka cuma berukhwah kerana Allah , berukhwah atas dasar keimanan . Tapi dalam masa yang sama , mereka bukanlah asyik berdua je , malah mereka sangat menyantuni kawan-kawan yang . Cerita nampak macam lebih berfokus pada irfan , betapa dia seorang yang sangat disanjungi ramai kerana akhlaknya, selalu bersangka-baik , pengemas dan segala sifat-sifat baik lah ada pada dia .
So, dipendekkan cerita ( sebab aku bukan nak taip satu novel tu kat sini kan ?) , kehadiran disaster five telah menggegarkan seluruh ahli PERMAI ( nama persatuan pelajar malaysia di Irbid) , mereka tak habis-habis nak melakukan kerosakan , buat huru hara dan segala kacau bilau . Jadi semua orang pun macam hot la dekat disaster five ni kecuali irfan dan asid . Irfan sangat cuba untuk mmeberi kefahaman kepada ahli PERMAI bahawa orang-orang seperti disaster five ini perlu dirapati bukan dikeji .
And lepastu , panjanglah ceritanya tentant konflik-konflik antara disaster five dengan ahli PERMAI , lepastu dengan ade yang salah faham bahawa Irfan bertunang dengan orang yang asid cintai , tapi asid sangat mujahadah la untuk menjaga persahabatan mereka . takkan sebab seorang perempuan nak perang kot kan ? selalu jugaklah dua sahabat gaduh sebab seorang perempuan/lelaki tapi kerena persahabatan mereka ini didasari kemimanan , so takdelah nak bergaduh .
Dan berakhir dengan disaster five tu jadi baik , Macam-macam usaha yang dilakukan irfan untuk menyantuni disasterfive ni lepastu Irfan dan asid masih bersahabat malah isteri mereka adalah adik beradik rupanya . Pendek betul kan ni ? nak tahu panjang belilah novel . eheh .
So , lepas aku baca buku ni , aku macam , over ah Hilal Asyraf ni . Mana lah ade wujud orang macam Irfan ni , mungkin ada , cuma aku tak pernah jumpa ke ? But then , aku rasa why not aku yang menjadi Irfan tu ? Kenapa harus nak tunggu seseorang seperti Irfan ?
Bila berbicara tentang ukhwah , mungkin macam-macam analogi orang buat . Ada orang kata ukhwah macam gula-gula la sebab manis , aku pulak macam nak cakap ukhwah ni macam account , boleh jadi debit boleh jadi kredit . boleh jadi untung boleh jadi rugi . Boleh terima ke ? tak boleh ? abaikan je .
"Apabila semua dihubungkan dengan keimanan , maka ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa "-hilal asyraf
Murabbi selalu cakap , kalau kita ada masalah ukhwah , kita cek iman kita . kalau iman kita settle , hubungan kita dengan manusia mesti Allah jaga . Tapi aku taknalah bahas panjang tentang pesanan ringkas tapi padat dari murabbi osem ni , cumanya nak ajak sama-sama untuk kita selalu merefresh iman , mungkin kita tak mampu , tapi kita boleh cuba kan untuk mendasari sesuatu tu dengan iman ?
Wallahu alam . Mabruk akh Hilal Asyraf . Novel yang sangat menghidupkan jiwa !
-UkhtyLasak-
Aku juga masih dalam perjalanan membaiki kekurangan-kekurangan dalam berukhwah lantaran ketidakcantiknya iman dalam diri .
Wallahu alam . Mabruk akh Hilal Asyraf . Novel yang sangat menghidupkan jiwa !
-UkhtyLasak-
Aku juga masih dalam perjalanan membaiki kekurangan-kekurangan dalam berukhwah lantaran ketidakcantiknya iman dalam diri .

No comments:
Post a Comment