Tuesday, 16 September 2014

Murabbi ( PART 1 )


So siapa sini murabbi dia malaikat ? angkat tangan .

Krik..krik

Kalau aku cakap murabbi aku malaikat cemana ?
( masih kekeliruan identiti utk menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai)

Mesti semua orang banned ak kan ? eheh . Sebenarnya pada suatu malam yang panas ( tgh summer kan ) , kami ahli bayt bermuayasyah dengan tetamu yang datang jauh dari Irbid dan topik perbincangan agak dakwi dan lebih kepada sharing pengalaman sebagai murabbi , dan tiba-tiba seorang ukhty yang aku panggil huda (bukan nama sebenar) yang merupakan housemate kepada murabbi aku kak ibtisam ( bukan nama sebenar ) mengeluarkan statement seperti ini :

"Akak-akak ni memang hebat la . Kak Ibtisam tu MALAIKAT kot !"

Kami tergelak . Gelak sebab gaya huda bercerita yang penuh semangat dan riak muka yang memang nak buat orang gelak . Huda tanpa ada perasaan terhadap gelakan kami terus menyambung ceritanya tentang peribadi kak Ibtisam . Aku hanya mendengar . Selaku mutarabbi , aku akui itu .

Jujur , aku baru beberapa kali saja liqo dengan kak Ibtisam , dan aku sudah banyak belajar dari akhlaknya sebagai seorang murabbi , dan sebagai sohibul dakwah .

Aku tak pernah lihat dia bermasam muka sehinggakan pada suatu hari aku bertanya

"Akak ni asyik senyum je 24 jam"

dan jawapnya

"Senyum tu kan sedekah :) "

Ok . jawapan biasa je . tapi entah , aku senang dengan jawapan itu .

Sampailah pada suatu hari itu , aku meminta pertolongan dan dia sangat bersemangat untuk menolongku , ya dia memang ukhty yang sentiasa hamasah .

"Akak ni cuba tengok ni , akak tolong la kol " sambil aku menghulurkan laptop ku padanya

"Mana nombornya ? "

"Ni lah kak , pilih je "

"Eh kejap-kejap akak tak nampak , mana ? "

" Akak ok tak ni ?" tanyaku kehairanan sebab aku pelik kenapa dia tak nampak nombor tu sedang kat skrin komputer hanya terpampar nombor telefon saja .

dan akhirnya , air mata seorang murabbi mengalir .

" Eh , akak rasa akak penat sangatlah , rasa nak nangis kejap boleh ?" matanya berair tapi dia masih tersenyum . Heh ?

"Erk boleh je , nangis la . em , akak rehatlah kak ,takpe je saya boleh mintak tolong ukhty lain" jawapku serba salah .

" Ok Syaf ( menyebut nama aku ) ,terima kasih "

Begitulah sedikit tentang murabbi aku yang padanya aku lihat selalu bersama quran , hamasah yang tinggi , senyum yang tak henti , sentuhan yang menyentuh hati  .

Ya , Murabbi bukan Malaikat . Dia juga pasti pernah melakukan kesilapan . Aku tidak mahu tahu ataupun fokus pada kesilapan mahupun kekurangannya kerana bagi aku dia juga manusia . Cukuplah aku belajar dari liqo yang lalu betapa kerana aku terlalu memerhati akhirnya yang hadir hanya benci . Takut bukan ? tapi perasaan itu dah clear dah .

Dalam menjadi mutarabbi juga aku belajar dari kesilapan , Aku belajar untuk tidak meletakkan sebarang expectations kepada murabbi , aku belajar untuk lebih istajibu lillah , aku belajar untuk lebih taat kepada murabbi .

Dan untuk segala perasaan-perasaan ini juga aku tidak tahu sampai bila ia akan kekal ? apakah bila pertukaran murabbi nanti , aku juga akan bertukar perangai ?

Sama-samalah . jika aku berubah , berubahlah menjadi lebih baik .

No comments:

Post a Comment