Cuba bayangkan , bayangkan je tau , bukan pergi buat . Bayangkan . Anda bersama sekumpulan rakan-rakan anda bercita-cita untuk pergi ke eropah dengan menggunakan keretaapi yang direka sendiri . Nampak tak bayangan tu ? keretaapi yang direka sendiri , so posibble je boleh terbang dan boleh masuk kedalam laut . Tapi bentuknya still bergerabak-gerabak .
Hakikatnya anda tidak membayangkan pon kan ? sebab...
1-malas nak membayangkan
2-nak terus baca apa point utama post ni
3-merapu je la bayangan mcm tu .
Dan bagi anda yang membayangkan , sekalung tahniah . Dan inilah sahaja post kali ini . sekadar mahu menguji kerajinan anda untuk berimaginasi . sekian .
![]() | |
| (friendship fillah kot yg rare ) |
Baiklah .Kita sambung cerita . Tadi yang konon mcm nak habis tu propa je . Begini , jika kita ada sepuluh orang , maka setiap seorang harus menyiapkan satu gerabak . Kenapa nak kena ada sampai sepuluh gerabak ? suka hatilah , saya yang punya cerita . Okelah kalau nak satu gerabak dua orang pon oke je . Oke just imagine , yang semua orang pun bekerja siang malam dengan penuh lelah untuk menyiapkan gerabak masing-masing .
Dan tibalah pada suatu hari, gerabak telah siap dicantumkan antara satu sama lain , maka , irkam ma'ana (naiklah bersama kami) ! Lets enjoy the journey ! . Tapi , ditengah-tengah perjalanan , anda dapati ada bunyi-bunyi yang mencurigakan . And , bila anda pergi periksa , anda dapati 4 dari gerabak tu ( kita ambik yg satu gerabak dua org buat ) , ada problem , rupanya skru tak dipasang dengan betul , ada machine2 yang tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda untuk gerabak itu terpisah semakin besar . As you guess , semua orang berlari kegerabak pertama , dan 4 gerabak yang lebih pun terpisah ditengah jalan . hancur . mungkin ada yg meletop . ( rekaan sendiri kan , nak buat trbang segala bagai , over la sikit ceritanya) .
Sekarang salah siapa? salah gerabak lah kan ? erk . Semua orang saling menyalahkan . Nak jadi macam cerita dalam surah al-qalam ayat 30 tu ke ?
"Lalu , mereka saling berhadapan dan saling menyalahkan"
Nauuzubillah . Beginilah akhi ukhty . Perjalanan kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah . Bagaimana ? Kita sama-sama ingin mengejar ustaziatul alam , kita sama-sama mahu membina manusia . Semuanya sama-sama , sebab kita tahu tak boleh buat sorang-sorang . Tapi akhi ukhty , dalam kita bersama-sama , adakah kita benar-benar telus dalam ukhwah yang kita bina ? Umpama keretaapi , nampak sudah siap , tapi nanti akhirnya putus jua dek kerana ketidaktelusan kita dalam membinanya . Dalam kita membina manusia , hubungan diantara kita bagaimana?
Tidak telus !
Bila melihat akh atau ukhty membuat salah , kita tidak menegur dengan hikmah ,
Bila melihat akh atau ukhty ditimpa musibah , kita lari beribu meter ,
Bila ada terasa hati dengan akh atau ukhty , kita tak pernah nak berterus terang .
Dipendam segala rasa sendiri , kononnya menjaga hati . Hakikatnya perkara begitulah yang mencacatkan hubungan .
Akhi , Ukhty , kita bicara bukan kerana benci , tapi kerana cinta . Terus terang ! Telus dalam ukhwah . Kadang sakit sedikit , tapi kita intailah hikmahnya .
Kadang kita meletakkan seribu kesalahan pada orang lain , tanpa melihat dimana silapnya kita . Kadang kita terus menjadi manusia yang menjustifikasikan manusia lain seolah kita malaikat . Saya ada terbaca dalam post seorang sahabat , katanya jika kita dah merasai kemanisan ukhwah itu tandanya kita dah rasa penangan tarbiyah . Ada tak kita rasa manis tu ? takda ? tak cukup ditarbiah ke maksudnya ? dalam tarbiyah dah berapa tahun ? Allah .
Kadang kita kata , bila ana salah tolong tegur , tapi bila ditegur ? Masam mengalahkan cuka . Kita kata , kalau ada apa-apa yg perlu diimprove dalam diri ana , nasihatlah ana . Dan bila nasihat , kita pulak cakap , kau ingat semua manusia perfect ?
Bagaimana ni akhi ukhty ? Allah . Belajarlah . Belajar untuk menjadi ikhwah akhawat yang telus dalam berukhwah , buanglah ego , tegur dengan hikmah dan atas dasar cinta dan bukan kerana hendak menghukum manusia .
Bagaimana hendak berjalan lebih jauh dengan skru yang longgar bukan ?
-ukhty-
Keep Calm and Improve Yourself

No comments:
Post a Comment