Bismillahirrahmanirrahim . InsyaAllah untuk post kali ini saya tertarik untuk bercerita tentang rumah islam . Rumah islam tu benda apa? masjid kah ? atau rumah untuk orang islam ? Baiklah , rumah islam atau shortformnya RI , adalah sebuah rumah yang didiami manusia manusia (atau mungkin juga alien alien) eh? yang menginginkan biah solehah (persekitaran yang baik).
![]() | |
| [gambar sekadar hiasan] |
Mari kita lihat sejenak firman Allah dalam surah yunus ayat 87 yang bermaksud...
"Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya ambillah beberapa rumah di Mesir untuk (tempat tinggal) kaummu dan jadikanlah rumah-rumahmu itu tempat ibadah dan laksanakanlah salat serta gembirakanlah orang-orang mukmin"
Maka dalam ayat diatas Allah s.w.t telah menggariskan salah satu fungsi sebuah rumah itu adalah sebagai tempat ibadah . Kadang-kadang kita telah duduk di sebuah rumah yang sangat besar dan dilengkapi pula dengan pelbagai kelengkapan . Namun , kita masih tidak merasa bahagia , seolah-olah ada sesuatu yang kurang . Apa yang kurang? Tepuk dada tanya iman . Mungkinkah kurangnya hubungan kita denganNya . Sejauh mana kita cuba menghidupkan rumah yang kita diami dengan biah islam , ruh islam ?
Rumah Islam atau RI ini biasanya didiami oleh mereka-mereka yang inginkan satu biah yang solehah . Namun , mindset perlu jelas . Melangkah masuk kerumah ini bukanlah semata-mata kita ingin ditarbiyah , mengharapkan orang lain yang menasihati , mengharap orang lain yang memulakan kebaikan . Itu sama sekali mindset yang salah .
Seorang ukhti pernah berkata " bila kita nak masuk RI ni kita jangan expect apa-apa selain Allah dan kita kena ada mindset yang kita ingin ditarbiyah dan mentarbiyah "
Nah , akhi ukhti . Selalulah mentajdid niat , berlapang dada dan bertolak ansur . Jika ada kesilapan yang dilakukan oleh ahli bayt kita , tegurlah dengan rasa cinta dan kasih sayang . Anggap bahawa setiap orang ada mujahadah masing-masing .
Seorang lagi ukhti fillah pernah berkata " Dua perkara yang kita perlu jaga bila duduk RI ni adalah dari sudut teknikal dan tarbawinya "
Teknikal adalah seperti bahan-bahan fikrah yang dilekat didinding rumah untuk membangktkan hamasah atau sebagai peringatan . Dan dari sudut kebersihan dan kekemasan rumah . Semua aspek ini perlu diambik kira . Dari sudut tarbawinya pula . Adalah ruh . Ruh islam . Ini adalah sesuatu yang subjektif . Bukan boleh dicari atau dibuat-buat . Tapi , ianya dirasai . Bagaimana mahu menghidupkan ruh islam ini ? Sama-samalah kita menjaga mutabaah amal dan tarbiyah dzatiah . Solat tahajud harus diambil serius , tazkirah dititiberatkan , amal-amal sunat dipraktikkan dan saling menasihati kearah kebaikan .
***
" Dan ingatlah apa yang dibacakan dirumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu ) . Sungguh Allah maha lembut maha mengetahui " ( Al-Ahzab :34)
***
Jika semua orang tidak mahu meng'hidup'kan rumah itu , kita yang sedar akan ke'matian' rumah itulah yang harus menjadi pengerakknya . InsyaAllah ya akhi dan ukhti sama-sama kita menghidupkan biah solehah yang bantu kita untuk menjadi Individu Muslim yang berkualiti . Moga rumah kita ini mampu menjadi sehebat rumah ummu nidhal (Mariam farahat yang juga dikenali sebagi khansa palestin ) dimana rumahnya menjadi tempat untuk tentera Al-Qassam merecharge kekuatan dan seperti rumah al-arqam bin abi al-arqam dimana rasulullah membina rijal-rijal dakwah .

No comments:
Post a Comment