Sunday, 18 August 2013

Diari Terbuka : Aku Dan Mesir


Bismillahirrahmanirrahim ,

Dear Deari , Saban hari aku melihat bumi mesir terus disirami dengan darah-darah syuhada' . Aku melihat saudara-saudaraku  tiada gentar memperjuangkan Al-Haq . Aku melihat saudara-saudaraku dibunuh oleh mereka-mereka yang tidak punya perasaan . Ya , aku melihat semua itu . Sekadar MELIHAT . Aku melihat dan cuba mengikuti perkembangan mereka disana . Aku sekadar melihat kekejaman yang berlaku . Terkadang aku tanya pada hati , "apa benar aku cintakan saudara-saudaraku disana?"

[syurga menantimu wahai syuhada']
Semakin hari , semakin ramai yang dijemput menemuiNya . Perasaan sebak mula menyapa diri ini . Aku sedih . Sekiranya aku berada di bumi mesir , adakah aku berani untuk turun berhimpun bersama mereka ? Sedang aku tahu peratus untuk syahid itu sangat besar . Adakah aku memikirkan tentang syahid atau aku memikirkan bagaimana aku mahu bertemu tuhan dalam keadaan diri yang penuh dosa . Allah . Adakah aku belum bersedia untuk bertemu dengan Allah ?  Sedangkan aku kata aku cinta Allah , namun mengapa perasaan takut itu hadir ? Cintaku adalah dusta .

[Kredit: Mesir Kini]
Kadang-kadang aku malu , bila ada yang bertanyakan padaku soal mesir , aku tidak mampu memberikan jawapan dengan sebaik mungkin , kerana selama ini aku tidak pernah ambil tahu tentang mereka . Bila kecoh di alam maya tentang apa yang terjadi disana , barulah aku terkial-kial ingin menjadi muslim yang cakna akan isu ummah . Aku malu pada diri aku sendiri . Aku malu pada saudara-saudaraku disana . Aku takut jika diakhirat kelak , mereka bertanyakan padaku tentang apa tindakan setelah melihat kezaliman yang dilakukan ke atas mereka .Mesir , Syria , Palestin , Rohingnya ! Allah , banyak jiwa-jiwa umat islam yang akan menuntut hak mereka ke atas aku . Itu sebahagian yang aku tahu akan kesengsaraan yang mereka alami . Itupun , aku sekadar tahu dari laman muka buku , dari sahabat-sahabat dan bukan kerana aku benar-benar cakna tentang mereka .


Aku sedar , aku tidak boleh tinggal diam untuk hal ini . Aku juga ingin lakukan sesuatu untuk mereka . Ya , antara usahanya aku share di FB , twitter ,dan  blog tentang mereka . Aku doakan untuk mereka . Itulah usaha yang mampu aku lakukan ., Biarpun tidak seberapa , Aku harap ini akan menjadi hujah aku diakhirat kelak .  Buatmu , saudara-saudaraku disana . Aku tahu kamu insan terpilih . Aku tahu kamu punya kekuatan yang luar biasa . Aku ingin sekali menjadi sehebat kamu . Biar cepat atau lambat . Aku yakin Al-Haq itu pasti akan menang ! Allahuakbar .

-Ukhty-

Saya memang seorang ukhty yang ada buku deari sendiri . Cuma kali ini , saya ingin kongsikan isi deari saya dengan sahabat sekalian . Saya berharap sangat kita semua akan menjadi muslim yang benar-benar cakna dengan isu ummah . Gunakanlah apa jua wasilah (jalan) untuk sebarkan berita tentang ummah , kerana sebenarnya ramai lagi sahabat-sahabat kita diluar sana yang langsung tidak tahu tentang perkara ini . Moga Allah menilai usaha saya yang sedikit ini . Moga kisah Zuljausyan menjadi iktibar buat kita semua .

Buat sesiapa yang masih baru nak memahami isu mesir , mungkin catatan dari blog APG boleh menambahkan sedikit kefahaman anda . Dan silalah lik page Mesir Kini untuk mengikuti perkembangan tentang saudara-saudara kita di mesir .

Wallahualam .

No comments:

Post a Comment