Aku terdiam membisu,
Langkahku terhenti ,
Fikiranku melayang ,
Merentas alam yang fana ,
Kemanakah aku selepas ini ?
Adakah aku berada di syurga yang tenang
atau neraka jahannam ?
Aku tertunduk sepi ,
Betapa kerdilnya diri ini ,
Betapa hinanya diri ini ,
Layakkah aku berada di firdausi ?
Aku ... Hanyalah hamba ,
Aku tidak pantas untuk bangga ,
Kerana apa yang ada padaku adalah milikNya ,
Syukur...Kalimah agung aku panjatkan ,
Kerana aku masih lagi dijalanNya,
Tatkala manusia mengagungkan duniawi ,
Tatkala manusia merendahkan ukhrawi ,
Aku...masih lagi mengenal erti hamba ,
Semua ini milikNya ,
Dia berhak menarik semuanya ,
Namun , Dia maha Adil ,
Maha pengasih lagi Maha penyayang .
Ukhty Lasak,
190311,
Selangor.
-Ukhty-
Puisi ini ditulis ketika saya masih dibangku sekolah menengah . Masih anak hingusan yang sebenarnya masih tidak faham dengan hakikat sebuah kehidupan . Bila sedih , kerjanya menulis puisi . Eh , puisi ke ni ? Tak
tahulah . anda letaklah ia dalam kategori apa pun . Cumanya , hari ini saya telah tahu bahawa Allah menjadikan kita dimuka bumi ini bukanlah untuk goyangkaki makan KFC sahaja . Tapi , untuk menjadi Abid dan Khalifah . Boleh TnT (tilawah dan tadabbur surah al baqara ayat ke 30) . Moga-moga kita mampu menjadi sebaik-baik abid dan khalifah . InsyaAllah .

ukhti :)
ReplyDeletemoga terus tabah dengan mehnah dunia.
saat alpa dan jatuhnya anda seorang manusia.percaya dengan kekauatan yang dipinjamkan daripada DIA.
sungguh dia sebaik baik pencipta.
ana uhibbuki fillah.
:) mari bergerombolan ke syurga.
masyaAllah , cair baca org tu tu syg kita fillah . haha . jzkk ukhty , terus pimpin saya ye
ReplyDelete