Curhat Dari Seorang Yang Bernama Ukhty .
Andai saja engkau tahu bahawa dalam diamku , aku menyimpan satu rahsia yang sangat besar . Yang aku pendam sendiri . Bukan aku tidak mahu bercerita , cuma aku melihat tiada ruang untuk aku dalam masamu . Nah , justeru aku biarkan kamu dengan segala kesibukanmu . Biarlah aku yang menanggung . Ini cerita aku . Ini Jahiliyyah aku . Mungkin kau tak perlu tahu . Namun . SAKIT . Itu yang aku tanggung .
Saat aku hadir kebumi ini , bumi yang kini aku gelar sebagai bumi dakwah dan tarbiyah . Kenapa ? kerana disini aku bertemu dengan sebuah kehidupan . Kehidupan yang aku syukuri . Kehidupan yang tak pernah aku rasai sepanjang berbelas tahun aku hidup.
Justeru , aku memilih untuk menukar nama . Bukan nama sebenar yang aku tukar , cuma nama panggilan . Namaku masih lagi Ain Zulaikha . Cuma jika dahulu mereka panggil aku ika, kali ini aku biar mereka , yang baru aku kenali ini memanggilku dengan nama ain .Ya . Disini , tiada siapa yang tahu siapa aku sebelum ini . Cuma seorang . Diana . Ya , hanya dia yang tahu kisah silam aku .
Namun , sesekali aku bercerita juga dengan kalian kisah silam aku . Namun , kerana nadaku yang gemar bergurau , mungkin kalian nampak ini sekadar cerita . Tapi , andai sahaja kalian tahu , jahiliyyah itu terlalu besar dan sukar untuk aku tinggalkan . Aku cuba . Sehinggalah aku dapat pengisian Sayonara Jahiliyyah . Sentap . Bagaimana aku mahu meneruskan kehidupan islam yang putih bersih ini dengan jahiliyyah yang hitam ?
Alhamdulillah , Allah mudahkan urusanku . Perlahan-lahan aku berjaya mengikis jahiliyyah dalam diri . Aman . Hidup makin tenang . Terasa begit bahagia dengan kehudupan yang baru .
Jika aku menyangka panas hingga ke petang , tapi apa kan daya jika hujan di tengah hari ? Inilah sebuah kehidupan . Kini , jahiliyyah lama seolah bertandang kembali . SAKIT . Beberapa hari aku merasa indah dengan jahiliyyah itu . Aku seolah mengislamkan jahiliyyah . Allahurabbi . SAKIT . Aku diam . Aku pendam . Itu yang aku nak bercerita dengan kalian . Agar kalian boleh menjadi menyokong aku perlahan-lahan .
![]() |
| Rawat Hati Segera. |
Mudah kalian menghukum aku .
Saat aku menolak untuk menolong , dan kebetulan ada musibah menimpaku , kalian kata "inilah balasan , Tuhan bayar cash '
Mudah kalian menghukum aku ,
Saat aku menangis sendiri kalian lontarkan " kenapalah kau ni , suka menangis tiba-tiba , tak faham aku"
Mudah kalian menghukum aku ,
Saat aku diam tanpa suara kalian meneka " ala , terasa lah tu . cakap sikit je"
Andai kalian tahu .. aku menolak kerana aku SAKIT,
Andai kalian tahu , aku menangis kerana aku SAKIT ,
Andai kalian tahu , aku diam jua kerana aku SAKIT .
Tapi , aku ini lagi mudah menghukum kalian . Mudah sungguh aku menuduh kalian dengan pelbagai tuduhan sedang aku sendiri tidak pernah cuba bercerita . Tapi , inilah aku . lebih suka memendam .
Kalian , aku pohon maaf , berikan aku sedikit masa . Aku cuba mujahadah satu perkara besar yang aku pernah cuba untuk luahkan pada salah seorang dari kalian , tapi apa kan daya . Mugkin Allah mahu mengajar aku berdikari .
Maafkan aku . Aku harap didalam setiap doa kalian , sebutlah namaku .
Jazakunnallahu khair kathiran .
-ukhty-
Murobbi saya pernah kata , cubalah untuk berkongsi mujahadah kita dengan orang lain sebab kalau ukhty tu tak tahu apa yang kita mujahadahkan , macam mana dia nak support kita ? Itu betul . cuma kadang-kadang , ada orang yang bermujahadah untuk menceritakan mujahadahnya pada orang lain . Wallahualam . Moga Allah mudahkan segala urusan kita .

enti.meskipun suatu hari aku bukan lagi menjadi salah seorang yang berpeluang untuk mendengar lagi kisah dan mujahadah kau,ketahuilah.titipan doa itu akan sentiasa berterusan untuk engkau.itu doa aku.
ReplyDeletejazakillah kheir ukhty . jangan pernah penat untuk terus mendoakan ana :)
Delete